kmpulan ini telah menggemparkan media berita!!
mari kita lihat ulasan selanjutnya
sebagai berita terkini blog nie, kami memaparkan berita sedikit terkejut dengan kemunculan bergolek sebuah pasukan .
Ada yang membuat pelbagai spekulasi tentang kemunculan kumpulan ini.
Maklumat lanjut, kumpulan ini telah mengejutkan banyak pihak apabila kemunculan mereka telah dikatakan dari perut ibu. Walaupun pihak kami tidak hidu sesuatu yang hangit disitu, namun peristiwa ini telah mengejutberukkan masyarakat disekeliling.
Pihak blog ini juga telah berjaya menemuramah beberapa kakilutut dengan harapan menemui jawapan tentang kumpulan ini..dan jawapan mereka..
"Saya sendiri tidak paham kenapa persekitaran mengecohkan berita yang sengaja dikecohkan dengan alasan nak kecohkan berita yg tidak kecoh ini. " -sumber makcik kecoh di tempat kecoh
lagi temubual kami..
"terkejut bebenor kome. Kumpulan ini keluar dari perut ibu..Ate korang tahu ke perut ibu tue ape?. Mustahil betul masalah ini.Pening makcik memikirkan cmna kmpulan ini keluar dari perut ibu. Makcik sendiri tidak dapat selesaikan masalah kuadratik dan linear equation untuk dapatkan jawapan cmna ate2 nie bole kuar dari perut ibu.."
kami terpaksa meninggalkan makcik ini yg masih pening dengan masalah ini.
Pihak kami juga merasa pelik mengapa makcik dan pakcik begitu kecoh dengan kumpulan ini..
kami meneruskan siasatan dan mencari jawapan kepada persoalan ini.
pertama..kami cuba berkenalan dengan ahli kumpulan ini. mungkin kami dapat terjumpa kelainan yang ada sehinggakan kemunculan mereka menyebabkan nenek dan tokwan dirumah sanggup menanggalkan gigi palsu mereka gara-gara terlalu risau akan statemen kelahiran mereka
dibawah kami sertakan gmbar mereka yang diambil secara eklusif dari sebuah taman berhampiran ketika mereka sedang berkelah dengan penuh aman dan damai.
kami cuba mendapatkan profil mereka dalam temuramah ini dengan penuh muslihat agar mereka tidak tahu niat kami yang sebenar.
temuramah dijalankan bersama mereka dan kami memperoleh sedikit maklumat lanjut..
NAMA : TANAH FARAH
UMUR : kami tidak dapat bertanyakan soalan itu kepada semua ahli kerana ia adalah soalan sesentap.
HOBI : bergolek-golek ditempat kosong sewaktu ahli kumpulan lain tengah bersenam.( katanya sedang
membuat terapi .. hanya dia sendiri yang tahu)
POSISI DALAM KUMPULAN : KETUA
KEMAMPUAN : MENGOREK TANAH UNTUK MENCARI JAGUNG DAN SEANGGKATAN DENGANNYA
seterusnya
NAMA : POKOK ECAH
HOBI : MENANGKAP GAMBAR ALAM SEKITAR DENGAN HARAPAN MENJADI JURUGAMBAR PROFESIONAL
POSISI DALAM KUMPULAN : PENOLONG KETUA TANAH
KEMAMPUAN : DAPAT MEMASTIKAN POKOK JAGUNG YANG DITANAM KETUA MAMPU BERDIRI DENGAN ELOK.
lagi~
NAMA : OMBAK AYU..
HOBI : SUKA BERLAGAK GANGSTER SEDANGKAN PENAKUT TAHAP GABANG TERHADAP KEKERASAN
KEMAMPUAN : MAMPU DIBULI OLEH RAKAN-RAKAN LAIN DAN CEPAT MATANG?( ahli kumpulan mengakui ayu cepat matang apabila melihat benda yg tidak sepatutunya )
next.....
NAMA : ANGIN NISA
HOBI : BERJALAN LAJU MERENTAS BENUA SEPERTI PELARI PECUT.( pemberita kami terpaksa menggunakan kasut roda enjin 4rejang ketika sesi temubual ini dijalankan agar dapat menyamai kedudukan bersama angin nisa)
KEMAMPUAN : MELOMPAT TINGGI HINGGA TAK SAMPAI KE LANGIT KETIKA SESIFOTOGRAFI DIJALANKAN
seterusnya...
NAMA : BUMI ZAKIAH
HOBI : BERMAIN GAYUT MONKEY ...bumi zakiah terlihat teruja ketika terlihat permainan ini. kami juga mersa bahagia dan tidak sampai hati mengganggu bumi zakiah dengan temubual ini..
disini kami sertakan bumi zakiah yg teruja~
kami pergi meninggalkan bumi zakiah yang teruja bermain tanpa sempat melihat kemampuannya dengan menemuramah seorang lagi kmpulan ini . mungkin lain kali.
ini dia..
NAMA : SUNGAI AIN
HOBI : ................(sungai ain hanya tersenyum..)
KEMAMPUAN :.........( sungai ain ketawa melihat tasik lalu pergi meninggalkan kami....*tercengang)
temubual individu ini masih tidak mampu menjawab misteri yang ingin kami ungkaikan.
kami hanya mampu memerhati dari jauh...mungkin itu lebih baik...
kami juga meletakkan beberapa kamera tersembunyi di kawasan tasik ini tetapi malangnya..semua kamera kami semacam diketahui oleh mereka..mungkin ini yang dikatakn hebat.
berikut gambar dari kamera tersembunyi
tanah farah seorang yg rajin melakukan hobinya...*kagum.
gmbr diatas dihadiahkan kami dari pihak mereka tanda sokongan kepada pembelog sekalian. gambar ini diambil ketika mereka sedang bercuti di switzerland baru-baru ini.
pengakhirannya..
pihak kami yidak mampu untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan dimana apa yang pelik terhadap kelahiran mereka.
bagi kami mereka adalah manusia seperti kami. dan kami juga tidak nmpak sebarang anggota pelik pada ahli kumpulan ini. samada mereka tidak mahu kami tahu atau memang mereka tidak tahu kami sendiri tidak pasti
kepelikan lahir dari perut ibu...kami juga tidak mampu memberi sebarang komen
bagi kami BUKANKAH SEMUA ORANG LAHIR DARI PERUT IBU??
jadi apa yg pelik bg makcik,pakcik,tokwan dan nenek diluar, kami sendiri tidak pasti
* mungkin kami perlu berhenti dari kerja ini
sekian~
No comments:
Post a Comment
semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini