yg ni aku kreditkan kat forum pencinta kucing
Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pe mberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York , Indonesiadan New Zealand .
Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim.
Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.
Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda.
Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!!
*******************************
trasa hangin satu badan tengk binatang diperlakukan sebegini
please HUMAN... STOP ANIMAL ABUSE !!!!!!!!!!!!!
aku mengkritik sepenuhnya perbuatan tak bermaruah lagi mencemarkan makhluk berakal di muka bumi ini
#ada yg kata benda ni tak betul.. tp ak percaya benda ni jadi..sbb otak manusia macam depa tu( pendera binatang) bukan boleh harap
dan tak tahan..siap ada wat resepi langkah2 nak buat perhiasan jijik ni lagi..
YAH!!!
kau ingt ni patung ke??
sudah2 lah kekejaman binatang ni dari terus berlaku..
AKU SAYANG BINATANG!!
jngn la aniaya binatang kesayangan Rasullallah s.a.w ni..
****
bukan tak ada..bila ada pihak p cheq depa kata semua tu tipu dan website yg jual tu kira tadak... pandai diorang tipu
ReplyDeleteviolin girl datang mengunjung
ReplyDelete