TEKSTOLOGI DAN TAHQIQ
Tekstologi merupakan
ilmu yang mempelajari selok belok teks.
Dalam bahasa Arab, semua hasil karya sastra tulisan
tangan masa lampau merupakan naskah.
TEKS DAN NASKAH
Teks merupakan kandungan atau isi naskah. Perbezaan antara
naskah akan lebih jelas jika terdapat naskah yang lebih mudah tetapi
mengandungi teks yang lebih tua.
Terdiri daripada isi dan bentuk
Terdapat tiga jenis teks iaitu :
- Teks lisan
- Teks tulisan tangan
- Teks cetakan
Teks bersih yang ditulis pengarang dikenali ‘otograf’
manakala salinan yang ditulis penulis lain dikenali sebagai ‘apograf’
PROSES PENGHASILAN TEKS
Menurut De Haan, proses penghasilan teks terjadi atas
sebab beberapa kemungkinan
Pertama
Salinan asli ada dalam ingatan pengarang. Oleh sebab demikian,
apabila ada pengarang yang cuba menghasilkan atau menulis kembali , mungkin
terdapat perbezaan disitu.
Kedua
Aslinya teks dilihat kurang sama mungkin disebabkan
penyalin memerlukan kebebasan berkarya. Hal ini mungkin terjadi apabila karya
asal ada keberangkalian dicuri, diwarisi atau dipinjam.
Ketiga
Aslinya teks tersebut mungkin tidak dapat
disempurnakan disebabkan terdapat had dalam penggunaan tatabahasa atau ayat
dalam karya asal. Seperti, teks2 yg berunsur kalimah keagamaan.
No comments:
Post a Comment
semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini