Monday 10 September 2012

now..this is my turn..

selama ini kita rancang sangat baik . Dan bila kita tak sampai kepada perancangan itu mula hati kita mempersoalkan segala dari hadapan hingga akhir tabir.

Berkata memang mudah..Menasihat pula macam air hujan saja lebatnya.
tetapi bila menerima..bila ia terjadi kepada diri sendiri, daun keladi lebih menerima air dari diri sendiri yang tidak bersyukur menerima apa yang terjadi
Dan kemudian ,segala tanda tanya mula berpusing dan bermain dengan perasaan
kenapa?
mengapa?
bagaimana?
itu tidak adil..

dan diri mula mempersalah musibah yang terjadi..
dan segala nasihat yang pernah diberi kepada orang lain,tidak pernah berpatah balik kepada diri sendiri. Sebaliknya berpantul kearah lain. Tidak langsung menyinari hati yang sibuk mempersoalkan takdir tuhan.

GAGAL?

memang sakit. 3bulan ini aku berperang dengan perasaan ini. Bukan sekali aku pernah merasa,tetapi dari kecil lagi aku sudah terbiasa. Cuma kali ini berbeza sekali rasanya. 
mungkin kerana telah berusaha?

ya!!... aku memang berusaha dan aku tidak perolehnya
tetapi membandingkan dengan orang lain..aku merasa aku berhak mendapat kejayaan itu berbanding mereka. Dan aku hampir menyalahkan takdir. Takdir yang sukar aku terima. Takdir yang meruntuhkan saat suka aku..

melawan perasaan itu bukan mudah..aku hanya mampu berdoa agar Allah buangkan ingatan aku untuk detik itu..memberiku jiwa yang tenang dan redho. Dan aku berharap, 

"Allah...kurniakan aku detik yang indah bagi aku menghilangkan parut itu.." amiin.

mungkin dulu aku tidak pernah merasa kerana usaha aku dahulu sangt sepadan dengan kegagalan yang aku peroleh selepasnya.
bezanya kini??

usaha aku seharusnya memperoleh kejayaan..tetapi takdir telah berpusing roda dimana ketika ini aku telah berada dibawah..

sebenarnya aku tidak kisah..kerana aku masih didalam senarai *****.. ttp bila melihatkan perbandingan dengan rakan2,aku mula resah. dan ketika itu aku jatuh rebah dan sukar untuk aku melihat hikmah disebalik tiang kejadian yang terjadi.

dan sekarang .. seperti aku terasa..

"kalau usaha gila-gila tapi tiada dalam senarai menerima kejayaan dan tiada nasib baik...baik aku kembali kepada diri aku yang dulu yang tidak kisah gagal atau berjaya sama sahaja..semua bergantung kepada rezeki masing2"

tetapi aku tahu , zaman itu merupakan ketika aku menerima qada tuhan tanpa aku berusaha sepenuhnya.. 
Dan aku tahu....

AKU TIDAK BOLEH KEMBALI KEPADA DIRI YANG DULU.

aku harus terus berjuang .. mungkin sem ini aku mungkin menitiskan airmata mutiara
air mata  yang diperoleh setelah berenang dilautan dalam..

mungkin dulu aku tidak pernah bersusah untuk kejayaan..
mungkin kerana dulu kejayaan aku terima kerana ia adalah rezeki aku dan bukan usaha aku..

dan kini..aku telah merasa bagi kali kedua
zaman matrik aku sekali
dan kini ia berulang,cuma keadaan yang lebih kuat terasanya.kerana suasana yang aku rasakan ketika matrik ..
"they deserve to have it.."
tp sekarang suasana yng aku rasa.

" why dalam banyak2 orang aku jugak yang kena dapat..sedangkan orang lain buat sama gak ngan aku.."

dan sekarang aku faham... itulah yang dinamakan rezeki mereka.
rezeki aku mungkin lain kali..

to my friends yang pernah aku nasihat dulu..
"sabarlah weh...itu ujian dari tuhan buat kamu..nnt mesti dpt lagi baik.."

itu ikhlas tau! bukan main ayat copy paste dari orang lain..kerna kamu adalah kawan saya dan mngkin nasihat ak bole jadi penyjuk. just trying by chance
 ..kerana aku..3bulan berperang sendirian tanpa sebarang sokongan .. aku tiada kekuatan untuk meluahkan seperti biasa. merasakan diri ini tidak berguna dan cuba memperbaiki wayar kewarasan aku.. 3bulan aku melalui pelbagai detik airmata. dan aku betul-betul lemah..
hanya sekarang kekuatan itu makin kembali.. mendoakan diri ini tidak mudah gugur dari senarai matlamat yang telah aku tulis.

thanks to friends yang tahu saat itu.. dan comfort me very well...
Allah will give you bless in your life..
thanks..

em..aku cerita bukan mintak simpati..just sharing..

*cuti yang penuh airmata.....sedeh~

1 comment:

  1. hai..saya follow awk..

    ples... help me.. http://oneniezuka.blogspot.com/2012/09/help-me-again-bloggers.html

    ReplyDelete

semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...