Wednesday 12 June 2013

doodle buat Meg..




wah2..dekat exam boleh lagi buat doodle kau ye..

wahahah..

memandangkan aku ni peminat doodle2 comel lagi kiut..
maka kali ni aku nak buat doodle trade ngan Meg plak..
serius kata dlm bnyk2 doodle aku mmg plng mnt doodle Meg.
kiut gila kot..

kalau nk tngok lagi boleh tekan SINI..



ni aku nak kasi meg..
orng lain jngn ambik wat harta sendiri tau..






oh ya..doodle aku bnyk improve tngk tutorial Meg..
thanks Meg..

Friday 7 June 2013

doodle : adab












alhamdulillah...
dah lama tk buat doodle

skrang ni dengan izin jadi jugak


berkata mengenai adab dan budi pekerti~~



skrng ni makin biadab aku tngk manusia2 skarang
tk semua
tp major
rasanya mak ngan abah masing2 dah didik
tp diri tu lagi seronok kot nak jadi biadap

aku dah bnyk kali jumpa manusia cengini
rasa nk bagi makan tapak kasut saiz lapan 8 aku..
besar kan?
kenyang kalau makan


jd jngn salahkan orng lain kalau tk pasal2 kena cop title pelik2
sebab sikap biadap sendiri

*******


masa aku sem 1.. ada group kecil dari budak2 sukan uni aku naik bas skali
tp mlngnya km ddk blkng skali sbb yg tu ja tmpat yg ksng
dan lagi malang bila km merupakan insan pertama akan turun,
sebb tmpat km nk turun tu kira 1st stop la

bkn tanak ddk depan
tp dah penuh
kalau ddk depan tngga kang japgi semua tk dpt masuk
nk tunggu semua naik nnt penat plak nak kena beratur blk

so masuk jela

lagi best bila pakcik tu terlajak plak dari stesen
menjerit la bdk2 yg nk turun kt situ
akibat sesak kena la bersusah payah meredah lautan manusia dalam bas

tiba2 budak sukan depan aku dan kawan2 berkata

DAH TAU NAK TURUN AWAL DUDUK BELAKANG... BODOH!!
owh lupa..km ja insan yg blkang dia..

mak aih.~~
. rasa mcm hidung dan telinga aku dah menggelegak seribu degree tahap mak jemah masak dodol dah

sedap mulut ja kata orang bodoh~

nnt kalau bakal anak murid buat mcm tu pun boleh la label senang2 bodoh?

nak kata ?
kata la...
tp dlm hati sudah la
kan dah mengguris perasaan insan lemah cm aku
hakkkk~~

serius..aku sngt bengang
dan sebab tu budak2 sukan uni aku dpt title 
MAKHLUK KUNING
oke la dari aku letak brand lembaga depan tu

*kuning sbb baju kebangsaan depa kaler tu...


owh..itu cth sebab adab tk jaga
aku manusia jgak
ada jgak rasa marah
tmbh2 kena cop bodoh

aku tk suka perkataan tu..

please..~~ :(

tk semua jahat.. tp sebab mereka2 tu,kan dah kena..
nila setitik rosak susu sebelanga
tp kalau tk kacau oke kot susu tu..

moral : dengan sapa pon kita ddk, adab tu jaga
dari jalan,makan, dan segala bentuk ada adab
nmpk renyah
tp adab tu indah kot kalau diamati bersama
sbb bnda elok
kan3?

sbb aku melalut lebih.. 
meh letak noktah siap2

.
.








Thursday 6 June 2013

bonamana.. part 2

memandangkan aku ada gap dalam exam selama satu minggu
whohoo!!!
maka boleh la aku letak berduyun2 post mengabadikan kenangan terindah
cheewah~~
aku nk smbung kesah aku kat kem bomba.. 
yg blom baca 
sila tngk kt SINI
DAY 2
.
.
.
.
cam aku kata..pagi tu kena wat nasi lemak kan~~
walaupun mngambil masa berjam2 nk buat nasi lemak tu
tp hasilnya..
mak aih~~
sedap gila!


nmpk simple... tp ya Rabb.. dengan pakai lilin ja nak masak..
sabaq aku mmg tahap tinggi sungguh
melainkan la kalau ada

kukus..grill..panggang
kukus..grill..panggang











dua2 kumpulan ini selamat dalam mengisi perut masing2 pagi tu
aku ucapkan tahniah.. :)

serius lepas aku blk.. lebihan nasi aku masak nasi lemak
walaupun guna alat cnggih ketika itu (rice cooker) tp sedap dia kurang
tk macam rasa kat kem

ak rasa sebab masak2 ramai2
pastu makan ramai2
pastu berkongsi
tu yg jadi sedap
orng kata makan berukhwah


***
lepas makan ada kuliah..
lebih kepada taklimat dan informasi untuk aktviti petang tu

kira kami kena wat kawad hos

dulu masa aku FORM 1 aku masuk bomba
aku p kem dan ada la kwad ni
tp masa tu aku tktau apa tros kena masuk bertanding
dah la natang hos tu berat
tergolek2 terguling aku time lari angkat hos tu
malu seh~
tmbh2 keadaan fizikal aku yang slim dan menawan pada ketika itu
buatkan aku mnjadi lemah gemalai nak angkat hos
tp berkat usaha makan kuat
badan aku semakin gagah
dan kini berjaya mengangkat hos tu
yeeehaa!!

*sedeh weh berat badan aku mendadak naik :(






sbb terik sngt
gmbaq aktiviti tadak
tp semua kmpulan selamat dan berjaya laksanakannya...

nmpk tk aku yg smakin gagah??
hahah



so go on petang nk dekat mlm sket..
ada tutorial padamkan api dari pakcik bomba

yola.. tkkan nk jemput chef wan plak ye?






aku sngt berazam nak pegang pemadam api tu
selama ni bila ada bomba dtng skolah 
mesti perasaan takut dan pemalu aku melebihi keberanian aku untuk mencuba
so last2 pakcik /cikgu tu panggil aku
hamek kau..
ketaq gila aku try
mlngnya.. api aku tk padam!!!!!






dan malu kena smpai aku rasa nak tmpal bedak sejuk 10 lapis
sbb orng lain cantik ja api padam
ceit..
FAIL!!






akhirnya
aku balas dendam kat api tu..
sekian!

* masa 1st tu aku pegang cara salah..tu yg api tk padam..
lagi satu mmg api tu nak aku tunggu lama2 kat situ
sbb dia kata aku cantik menarik tertawan..
hahahaha

sumpah perasan habis
nak sedap hati ~~



kiranya..dalam hidup aku berjaya la aku terlibat dalam padam2 api neh
experience ~ :)


malam ada BBQ
sedap weh :)
 mlng aku kenyang sebab lahap nasi bnyk
tringt ayam ngan salad tu sedap
rugi plak makan nasi bnyk2

kenyang?
blk khemah
tido la weh
walaupun mlm ada tklimat
aku ngan khemah sebelah
bermuafakat ponteng dr pergi tklmt
hehehe

**********
DAY 3.
.
.
.
.


esok pagi bngun pas subuh
rehat2
tros packing balik
sebb tadak aktiviti dah
yess2!!!
balik~~~




pat pat lipat2






aku candid kan cik iah
sedeh kot nk blk rumah
ye cik kiah??
hhahahaa





dan tk lupa aktiviti cuci blkng periuk~

aku nak kasi tips neh

kalau periuk hitam 
besa la..
namapun lepas masak

kalau nak kasi putih balik blkng dia
tonyoh ja dengan pasir dan air
aku yakin!

lagi berkesan dari mana2 jenama cuci pinggan periuk kat muka bumi

tk caya try~

sngt mujarab
heheh






sbb nk blk wajib la kan
penuhkan memory kamera...
hehehe









nah!!
love dari cik kiah dan family...
hahah












blk tu tk tahan jalan kaki
bengang gila rasa
aku tk rasa pon nk buat baik hati nk kasi brng2 yg naik lori
aku rela ja tunggu sejam
dr jln kaki..
sebb dah la penat..brng byk
serius bengang weh
balik tu
mmg asyik kasi pahala free ja kt orang




tp smpat lagi~~





********

kat kem 2 mmg panas gila

sbb tadak pokok kot


walaupun at first mcm tk suka p kem2 neh
tp bg aku kem ni best la~
sungguhpun tk la teruja nk p blk
tp at least tk nyesal la p

dan sem depan aku kena amek bomba lagi
Bridget bomba 2 plak
br la hbs tauliah dia

ahaha..
mcm tentera plak aku wat gmbarannya..












cool tak?


k.. 
assalam


Wednesday 5 June 2013

KUCING BONSAI...kejam..kejam..kejam...!!!!



manusia ni..mentang2 la ada akal terlebih cerdik sket
macam2 kau nak buat ye..

kadang2 bila tngk kekejaman yg manusia buat
tmh2 kat binatang comel2 

*tk kisah la comel ke tak..asal dia binatang..

aku kdng2 malu nak mngaku mereka tu spesis yg dtng dari golongan aku
tuhan bagi akal..
tp letak kat LUTUT!



hari ni aku ada baca dari satu blog yg promote kt fb la
aku nak kredit pon tk boleh sebb nak kena like dulu atau tunggu 2000 saat.

*bencik

tp still la bole baca..

blog tu bagi tau pasal 
KUCING BONSAI


aku pon tk pernah dngq..tp mai ampa tngk dulu














yg ni aku kreditkan kat forum pencinta kucing


Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pe mberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?

Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York , Indonesiadan New Zealand .


Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!


Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda.


Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!!



*******************************

trasa hangin satu badan tengk binatang diperlakukan sebegini

please HUMAN... STOP ANIMAL ABUSE !!!!!!!!!!!!!

aku mengkritik sepenuhnya perbuatan tak bermaruah lagi mencemarkan makhluk berakal di muka bumi ini

#ada yg kata benda ni tak betul.. tp ak percaya benda ni jadi..sbb otak manusia macam depa tu( pendera binatang) bukan boleh harap


dan tak tahan..siap ada wat resepi langkah2 nak buat perhiasan jijik ni lagi..




YAH!!!

kau ingt ni patung ke??


sudah2 lah kekejaman binatang ni dari terus berlaku..

AKU SAYANG BINATANG!!

jngn la aniaya binatang kesayangan Rasullallah s.a.w ni..

****





Sunday 2 June 2013

kenali jawi : manuskrip ( part 3)





CIRI-CIRI MANUSKRIP MELAYU YANG TIDAK MEMPUNYAI BENTUK YANG TETAP



Dalam konteks ini, perubahan yang dilakukan terhadap teks merupakan perkara biasa.

Perubahan dan perbezaan boleh ditinjau dari segi

  • penggunaan bahasa 
  • pembahagian bab 
  • penyusunan cerita 
  • pengaruh kuat budaya 
  • tempat 



segala ketidakstabilan ini disebabkan oleh sifat dan hakikat sastera tradisional melayu



professor Amin Sweeney pernah menegaskan bahawa

“ kata2 yang tertulis dimaksudkan untuk didengar bukan dibaca…”



Pembacaan karya2 klasik Melayu adalah satu bentuk seni. Maka tidak hairan setiap kali cerita dari mana2 manuskrip dibaca, disalin lebih2 lagi disusun semula. Cerita itu dihidupkan malah dikembangkan dengan positif, ditambah episod, motif dan lain2 yang dirasakan perlu.

Adakala,episod atau motif sedia ada sengaja dikurangkan atau dihilangkan langsung. Maka, akhirnya panjang sesebuah teks itu boleh menjadi lebih panjang atau sebaliknya

Jika sesebuah manuskrip mempunyai banyak versi, sekurangnya hal ini menunjukkan karya berkenaan mempunyai sifat yg menarik



Bagi versi yang panjang, disebabkan :

  • Lebih ayat berbunga 
  • Banyak kehormatan 
  • Lebih klise diulangkan 
  • Banyak petikan dari bahasa Arab 
  • Bahan tambahan yang tidak penting 



Kebebasan kreatif si penyalin merupakan salah satu sebab timbulnya pelbagai versi manuskrip .. :)

kenali jawi : manuskrip ( part 2)


dah baca part 1 ??

kalau tak baca lagi ..rajin2 membaca kat SINI

meh smbng part 2 plak..






PENETAPAN TARIKH  MANUSKRIP

Banyak manuskrip Melayu tidak diletakan tarikh ketika dikarang. 
Sebahagian besar yang diketahui sekarang TIDAK MEMPUNYAI TARIKH! Lebih 10000 buah manuskrip.....

Perkara ini mungkin disebabkan pengaruh Arab-Parsi yang mula digunakan oleh pengarang Acheh atau berasal dari tradisi budaya Celebes yang diwarisi oleh empayar Riau-Lingga pada kurun ke 18

Selepas kurun tersebut, penggunaan tarikh menjadi kelaziman.

Dalam situasi tanpa tarikh itu, usaha mengenalpasti tarikh ia dikarang dapat ditimba dari “circumstantial evidence” (keadaan situasi) atau bukti2 persekitaran.



Antara bukti-bukti yang diguna bagi mengkaji penetapan tarikh manuskrip…..



1. Mengkaji dan membandingkan jmlh kata2 dalam bahasa Sanskrit, Parsi, Arab Jawa dll


Biasanya, jika ada tarikh dlm manuskrip, ia akan dicatat dalam mukadimah atau kolofon



2. Bukti dalaman dan luaran manuskrip


Menurut Jones ( Russel Jones) dan Rown Tree Clare , penetapan tarikh boleh dilakukan berdasarkan bukti dalaman dan kita juga perlu melihat ciri2 luaran seperti

  • stail penulisan 
  • dakwat 
  • tataletak 



3. penjilidan kodeks dan dalam lingkungan tarikh2 begini ,

barangkali dapatlah dicari lingkungan tarikh yang lebih hamper dengan manuskrip tersebut.



4. watermark
menjadi ciri lain bagi memberi tarikh yang diutarakan oleh penyalin



5. kewujudan perkataan kuno yang bnyk memberitahu bahawa manuskrip itu berusia tua. 
Cth, Hikayat acheh dapat dikategorikan sebagai hikayat Melayu tertua kerana banyk Sanskrit dan Jawa Kuno dan sedikit perkataan Arab, Parsi dan Turki

Namun demikian, pendapat ini tidak dipersetujui oleh Amin Sweeney dimana beliau tidak setuju bahawa penggunaan perkataan kuno itu disebabkan ia mungkin dipengaruhi oleh dialek suatu tempat. Maka lebih baik perkataan kuno itu timbul disebabkan ‘kelainan’

Oleh demikian, dpt disimpulkan bhwa meletakan tarikh berdasarkan kritiria bahasa tidak meyakinkan. Namun ia masih boleh digunakan jika disokong dengan bukti2 lain.



6. Faktor isi kandungan
Khususnya peristiwa sejarah yg terkandung dlm manuskrip. Namun masih terdapat keraguan kerana sikap penulis yang tidak pentingkan tarikh lantas dalam isi kandungan lahirlah anakronisma atau kronologi yg mengelirukan.

Akibat dari ini, kita tidak mengetahui tarikh penulisan bahagian2 cerita yang dipercayai ditulis oleh pengarang yang lain. Disamping itu tidak diketahui tarikh siap keseluruhan manuskrip akibat keberangkalian rentetan peristiwa yg tunggang terbalik

Namun demikian, secara amnya, cara ini telah digunakan kerana karya yang menyebut karya lain atau menyebut peristiwa dalam karya lain dianggap muda usianya pada sumber yang dipetik

Tetapi, cara ini tidak boleh digunakan secara mutlak.



7. Meninjau tarikh kemasukan budaya asing kealam kebudayaan Melayu

Antara unsur2 budaya yang sering dibangkitkan adalah

  • Genre sastera asing dalam sastera Melayu 



Bentuk dan genre yang dikenal hikayat muncul dalam sastera melayu muncul pada masa yang berbeza.

Menurut Feew, jikalau syair mula dikenalkan dalam sastera Melayu dan syair dalam Hamzah Fansuri pada kira 1000 M, maka semua sastera lain lebih2 lagi yang tak ada kaitan dengan agama islam dan tasawuf hanya mungkin terkurang selepas 1600M,



nnt kita smbung lagi hokeh~~




kenali jawi : manuskrip ( part 1)





MANUSKRIP 



Sebelum ni dah diterangkan mengenai pengetahuan mengenai sastera kan? Atau disebut filologi. Jadi kali ni meh kita belajar pasal apa benda yang dikaji tu…atau disebut naskah atau lebih comel sebutannya, manuskrip..ehehe
 

diatas neh..cth manuskrip.. dari kayu.. semua tu tulis tngn..



PERIHAL MANUSKRIP

Terbahagi kepada 2 iaitu :

  • Tulisan tangan ( naskah bagi Malaysia) 
  • Teks karangan ( bagi yang printed) 



PERIHAL MANUSKRIP
Isi penting paling penting diperlihatkan

1. Judul manuskrip

2. Penulis asal dan penyalin kemudian

3. Dimana asal manuskrip dikarang dan salinan dibuat

4. Bilakah manuskrip asal digubah dan salinan dibuat

5. Dimana manuskrip tersebut boleh diperoleh hari ini





PENAMAAN JUDUL

Pada umumnya, manuskrip tak berjudul disebabkan beberapa perkara . ia disebabkan :

1. Tanggapan bahawa hak miliknya kepada seluruh masyrakat atau karya itu merupakan milik bersama. Maka pengarang tidk perlu memaparkan namanya 


2. Sikap tawaduq (rendah hati) jadi menukarkan gelaran nama sendiri kepada gelaran yang lain . cth

  • Sohibul hikayat 
  • Ar-Rawi 
  • Yang empunya cerita 



3. Menyelamatkan diri pencerita jika isi kandungan yang ditulis mengandungi sindiran atau memerli.



Berdasarkan situasi begini, para sarjana dan pembuat catalog memberikan judul kepada MSS yang tidak mempunyai judul

#· MSS – bil manuskrip yg bnyk



Penjudulan penting kerana judul itu akan memberi jati diri kepada buku berkenaan.

Judul begini diberi untuk berfungsi sebagai kontrak yang menghubungkan pembaca dengan karya berkenaan dan kontrak yang membolehkan semua pembaca memperkatakan karya yang sama.

Bagaimanapun, teks manuskrip Melayu kebanyakkan mempunyai isi yang beraneka ragam. Maka, judul pada beberapa buah skrip naratif khususnya dalam bentuk frosa didapati tidak seberapa tepat dengan isi kandungan.

Antara sebab berlaku hal ini, pengarang ketika itu mungkin bukan pengarang yg asal dan mendapati sukar memberikan judul kepada karya misalnya tentang ganeologi raja2 yang isinya begitu pelbagai ragam dengan ruang lingkup yang amat luas



Dalam konteks yg lain, terdapat pula manuskrip yg diberi judul.

Dalam manuskrip Melayu lama, kedua2 judul ini samada :

  • Sejarah Melayu ( Sulatus Salatin) 
  • Mahkota Segala Raja 
  • Sejarah Melayu dan Bugis 

Antara sebab2 penamaan judul ialah keinginan pengarang menjadikan buku tersebut lebih berwibawa dan sekaligus teks itu dipandang tinggi oleh masyarakat pada masa itu.

kenali jawi : ilmu filologi ( part 7)




Okeh..previous sblm ni ceq ada kongsi fungsi filologi sebagai alat bantu ilmu filologi kan? 

Jadi part kali ni kita kongsi fungsi filologi sbgai alat bantu ilmu2 lain.. check it out! 



FILOLOGI SEBAGAI ALAT BANTU ILMU ILMU LAIN 



Hasil dari suntingan teks yang dijalankan, terdapat pelbagai ilmu yang dapat dikeluarkan dan disumbangkan kepada ilmu2 lain. Hal ini kerana, kandungan naskah lama yang beraneka ragam dapat membantu pelbagai cabang ilmu 



1. Filologi sebagai alat bantu linguistik 

Untuk penelitian linguistik, ahli linguistik memerlukan suntingan dan hasil kajian bahasa lama oleh ahli filologi 

Ilmu linguistik memerlukan bantuan ahli filologi bagi menganalisis selok belok bahasa tulisan yang umumnya berbeza dengan bahasa sehari. 



2. Sebagai alat bantu sastera 

Penyelidikan suntingan manuskrip lama dan hasil pembahasan teks yang mungkin dapat dimanfaatkan sebagai bahan penyusunan disiplin sejarah sastera atau teori sastera 



3. Sebagai alat bantu sejarah kebudayaan 

Bagi membantu kajian terhadap khazanah rohaniah nenek moyang cth: 

  • Adat istiadat 
  • Kesenian 



Manakala contoh bagi bidang kesenian muzik 

  • Takaran 
  • Timbangan 



Disamping itu dapat merungkai kembali istilah2 yg punah dimakan zaman 



4. Sebagai alat bantu hukum adat 

Filologi membantu dalam penyediaan teks. Sbgai cth : 

Undang2 sastera melayu seperti 

  • Undang2 negeri Melaka 
  • Undang2 Minangkabau 



5. Sebagai alat bantu sejarah perkembangan agama 

Memberikan gambaran tentang perwujudan penghayatan agama dan kepercayaan yang hidup dlm masyarakat Nusantara. Cth : 

  • Islam 
  • Hindu 
  • Buddha 


6. Sebagai alat bantu filsafat 

Merupakan sistem berfikir menurut logik dengan bebas sedalam sampai dasar persoalan 

Memberikan gambaran tentang pemikiran yang berkembang masa zaman dahulu 





Demikanlah hubungan erat antara filologi dan ilmu2 yg lain..Saling membantu , saling memenuhi.. :)




Saturday 1 June 2013

kenali jawi : ilmu filologi ( part 6)



HUBUNGAN FILOLOGI DENGAN ILMU-ILMU LAIN




ILMU BANTU FILOLOGI


Filologi merupakan sautu cara bekerja untuk memahami, menelaah suatu naskah. Hasil tersebut boleh digunakan untuk memahami cara berfikir dan adat istiadat pada waktu tersebut

Oleh demikian, untuk memahami sastera Melayu lama, kehidupan masyarakat dari semua warisan Zaman Melayu harus dikaji. Antaranya kehidupan masyarakat melayu :

  • Sriwijaya 
  • Pasai 
  • Melaka 
  • Acheh 
  • Johor 
  • Riau 



Disamping itu, filologi memerlukan ilmu2 bantu yg erat hubungannya dengan bahasa dan budaya masyarakat yg melahirkan naskah dan ilmu sastera untuk mengungkapakn nilai2 sastera yg terkandung dalamnya.

Ahli2 filologi memerlukan ilmu2 bantu seperti

  • Linguistis (amat mengutamakan bahasa lisan termasuk bahasa naskah,bhsa lisan dan bahasa yang diguna pakai seharian) 
  • pengetahuan bahasa 
  • paleografi 
  • ilmu sastera 
  • ilmu agama 
  • sejarah kebudayaan 
  • antropologi 
  • dan folklor 



1. lingustik

ada bbrapa cbng linguistik yg dipndang mampu membantu ilmu filologi antaranya:

I. Etimologi

ilmu yg mempelajari asal usul sejarah kata. Hal ini kerana, bahasa2 naskah Nusantara bnyk mengandungi serapan dr bhasa asing. Dan perkembngnan bahasa tersebut adakala menyebabkan perubahan erti dan bentuk bahasa itu sendiri. Pengkajian perubahan ini menurut pengetahuan tntng fonologi, morfologi dan semantik iaitu ilmu yg mempelajari bunyi bahasa,pembentukan kata dan makna kata.



II. Sosiolinguistik

cbng yg mempelajari hubungan saling mempengaruhi antara perubahan bahasa dan perilaku masyarakat. Membantu mengungkap keadaan sosio budaya yang terkandung dalam naskah.



III. Stilistika

Cbgn linguistik yg mengkaji bahasa sastera,khususnya gaya bahasa. Membantu filologi menemukan teks asli atau paling dekat serta penentuan umur teks.




2. Pengetahuan bahasa2 yg mempengaruhi bahasa teks

Bahasa2 yg mempenngaruhi naskah asal ialah :



I. Bahasa Sanskrit

Diperlukan untuk kajian naskah Jawa khususnya Jawa Kuno( kerana jelas pengaruhnya terlihat)



II. Bahasa Arab

Bagi naskah2 yg dipengaruhi ajaran Islam khususnya yg berisi ajaran tasawuf atau suluk.



III. Pengetahuan bahasa2 daerah Nusantara

Bagi mengukuhkan pengetahuan bahasa daerah yg erat kaitan dengan naskah yg dikaji



3. Ilmu sastera

Diperlukan untuk menangani teks berisi cerita rekaan (fiksyen). Sbgai cnth, teks2 melayu yg tergolong dalam cerita penglipur lara, jenaka, wayang,cerita panji dan cerita pahlawan Islam.

Ilmu sastera ini telah dipelajari sejak zaman Aristoteles lagi.



4. Hindu, Buddha dan Islam

Apabila mengkaji naskah, akan terlihat pengaruh2 ini dalam sesebuah naskah.

Sebagai cth, dalam naskah Jawa Kuno misalnya, akan ternampak pengaruh Hindu dan Buddha iaitu berisi ajaran agama sperti

  • Brahmandapurana 
  • Agastyaparwa 

#untuk agama Budha



Dalam naskah melayu akan terlihat pengaruh Islam seperti cth dalm penulisan

  • Syair Hamzah Fansuri 
  • Abdus Samad al- Falimbami 
  • Abdul Rauf Singkel dll 


Naskah yang dipelajari akan difahami dan akan memperoleh pengajaran yg baru



5. Sejarah Kebudayaan

Apabila mengkaji sejarah kebudayaan, dapat kita lihat pertumbuhan dan perkembangan unsur2 budaya sesuatu bangsa. Hal ini kerana, unsur2 budaya berkait dengan

  • Sistem masyarakat 
  • Kesenian 
  • Ilmu pengetahuan 
  • Agama 



Sebgai cth, apabila mengkaji naskah Melayu lama, dapat kita lihat, peristiwa2 yg berkaitan dan ada kalanya tidak langsung logik untuk difikirkan. Sebagai contoh, kelahiran anak2 gadis Melayu dahulu dikatakan lahir dar buih,bambu atau turun dari langit. ( cth dari Hikayat Raja2 Pasai – putri Dewa Indra keluar dari bambu) dan lain2 lagi naskah.



6. Antropologi
Dimanfaatkan hasil kajian sebagai satu ilmu yg merupakan penilitian manusia yg dipandang dari segi fizik,masyarakat dan kebudayaannya



7. Falkor

Dipandang sebahagian dari ilmu antropologi yg mana menyentuh hamper semua aspek kehidupan masyarakat. Unsur budaya yg dirangkumi secara menyeluruh dibahagikan kepada 2 iaitu unsur budaya bersifat lisan (cth, penglipurlara,dongeng) dan unsur budaya bersifat upacaraan( kelahiran, kematian dan perkahwinan)



Nnt kita discuss plak ilmu filologi sbgai alat bntu untuk ilmu2 yg lain.. okeh?

















''Jom Join : Giveaway Ke-2 by Jaakechik''



Assalamualaikum semua!!
jom join Giveaway anjuran JAAkechik Corner!
anda berpeluang untuk menang Photo Magnet yg ohsemm.
Hadiah Utama pula adalah Dua Helai Baju T-Shirt.

giveaway 2013,

syarat-syaratnya :

1. jadik follower blog jaakechik : www.jaakechik.com
2. klik LIKE facebook penaja segmen (comey2Ku Printing) : 
3. buat entry simple bertajuk : Jom Join : Giveaway Ke-2 by Jaakechik
4. letak banner giveaway (seperti diatas) ke dalam entry anda.
5. tinggalkan link entry penyertaan anda dibawah komen entry ini.

giveaway 2013

HADIAH : 2 helai Baju T-Shirt & 8 Fridge Magnet Bergambar
NOTA : pemenang diumumkan pada 27 Jun 2013 (random. org)
 Tarikh segmen : 01 - 21 Jun 2013 (only 3 weeks)



'' KLIK HERE TO JOIN ''


Read more: http://www.jaakechik.com/#ixzz2V0JrGsKf

kenali jawi : ilmu filologi ( part 5)





yang ni sambungan dari part 4.. selepas proses penghasilan teks meh nak smbung proses seterusnya


PROSES PENYALINAN

penurunan teks secara turun temurun disebut tradisi

hal ini menjadikan terdapat pelbagai variasi dalam naskah adalah disebabkan beberapa faktor antaranya

  • orang lain ingin memiliki naskah asli
  • naskah asli keberangkalian telah rosak dimakan zaman
  • mungkin rosak disebabkan perkara2 persekitaran seperti cecair atau bahan bakar.

hal ini menjadikan naskah2 yang disalin tersebut tidak mungkin lari dari berlaku kesilapan.
Martin L. West mengingatkan bahawa sebab2 kesalahan tersebut terjadi adalah disebabkan banyak perkara. Antaranya :

  1. penyalin kurang memahami bahasa naskah yang disalin
  2. tulisan yang mungkin kurang jelas
  3. akibat kesalahan penyalin yang salah tafsir perkataan
  4. ketidaktelitian penyalin hingga menyebabkan beberapa huruf hilang

Antara sebab2 lain yang menyebbkan kesalahan dalam naskah adalah:

  1. penyalinan perkataan yang terlebih maju dari perkataan asal
  2. huruf yang terbalik
  3. perubahan dalam teks dimana pengarang mungkin menghilangkan sebahgian dari teks


oleh demikian, sebuah naskah yang disalin dari naskah lain belum tentu merupakan naskah yang sempurna. hal ini kerana terdapat pelbagai variasi dalam penulisan dan naskah itu sendiri. Disini bermula tugas ahli filologi untuk sempurnakan teks dengan membuat penelitian dengan cermat. tujuannya, bagi menghasilkan sebuah karya yang paling dekat dengan karya aslinya.


kenali jawi : ilmu filologi ( part 4)



TEKSTOLOGI DAN TAHQIQ


Tekstologi  merupakan ilmu yang mempelajari selok belok teks.
Dalam bahasa Arab, semua hasil karya sastra tulisan tangan masa lampau merupakan naskah.



TEKS DAN NASKAH

Teks merupakan kandungan atau isi naskah. Perbezaan antara naskah akan lebih jelas jika terdapat naskah yang lebih mudah tetapi mengandungi teks yang lebih tua.

Terdiri daripada isi dan bentuk

Terdapat tiga jenis teks iaitu :

  • Teks lisan
  • Teks tulisan tangan
  • Teks cetakan


Teks bersih yang ditulis pengarang dikenali ‘otograf’ manakala salinan yang ditulis penulis lain dikenali sebagai ‘apograf’




PROSES PENGHASILAN TEKS

Menurut De Haan, proses penghasilan teks terjadi atas sebab beberapa kemungkinan


Pertama

Salinan asli ada dalam ingatan pengarang. Oleh sebab demikian, apabila ada pengarang yang cuba menghasilkan atau menulis kembali , mungkin terdapat perbezaan disitu.



Kedua

Aslinya teks dilihat kurang sama mungkin disebabkan penyalin memerlukan kebebasan berkarya. Hal ini mungkin terjadi apabila karya asal ada keberangkalian dicuri, diwarisi atau dipinjam.



Ketiga

Aslinya teks tersebut mungkin tidak dapat disempurnakan disebabkan terdapat had dalam penggunaan tatabahasa atau ayat dalam karya asal. Seperti, teks2 yg berunsur kalimah keagamaan.

kenali jawi : ilmu filologi ( part 3)




OBJEKTIF FILOLOGI

Naskah2 peninggalan dalam bentuk tulisan tangan disebut sebagai :

  • handschrift
  • manuskrip (disingkatkan MS sebagai tunggal dan MSS sebagaik jamak (banyak)


naskah2 yang diteliti dalam skop filologi adalah yang ditulis pada :
  • kulit kayu
  • bambu
  • lontar
  • kertas

# yang ditulis pada batu nisan diluar dari pembahasan filologi,dan ia dilihat sbgai hasil budaya cipta satera


TUJUAN FILOLOGI

terdapat 2 tujuan filologi iaitu tujuan umum dan tujuan khusus


1. Tujuan Umum

  • memahami sejauhmana perkembangan suatu bngsa melalui sasteranya melalui penulisannya
  • memahami makna dan fungsi teks bagi masyarakat pennulisnya
  • mengungkap nilai budaya lama sebagai alternatif perkembangan budaya

2. Tujuan Khusus

  • menyunting sebuah teks yang dipandang dengan dekat dengan teks aslinya
  • mengungkap sejarah terjadinya teks dan sejarah perkembangan
  • mengurangkan persepsi pembaca pada setiap kurun penerimaannya

KENALI JAWI : ilmu filologi ( part 2)




FILOLOGI SEBAGAI ISTILAH

Antara istilah lain yang digunakan membentuk filologi adalah ;

1. Filologi sudah dikenal sejak abad ke-3 seblm Masihi oleh sekelompok ahli di kota Iskandariah yg mana mereka dikenali sebagai ahli filologi

sbb: 

  • * mereka tlh berusaha meneliti teks2 lama yang berasal dari bahasa Yunani dengan menemukan bentuknya yang asli dan bebas dari kesalahan penulisan serta mengetahui tujuan penulisannya.

  • * mereka menyisihkan kekeliruan yang terdapat dlmnya

--- jika mereka mnghadapi kesukaran trutama teks yang jumlah naskhah lebih dari satu, mereka terpaksa meneliti kesemua variasi teks tersebut bagi memperoleh yang asli.

--- kegiatan ini penting kerana berbagai latar belakang masyarakat dan kebudayaan dapat diketahui melalui sesebuah naskhah



2. filologi dipakai sebagai sastra ilmiah.

sbb:

  • * ketika menjejaki karya2 sastera , terdapat sastra yg bernilai tinggi seperti karya Yunani Kuno, Humeros. Ia melihatkan perkembangan sastera dimana karya sebegini sukar ditemukan lagi


3. Filologi dipakai sebagai istilah untuk menyebut ilmu bahasa.

sbb:

  • * lahirnya pengertian ini akibat dari pentingnya peranan bahasa dalam mengkaji teks sehingga kajian utama filologi adalah bahasa terutama bahasa teks yang lama.

  • * disamping itu ia digunakan bagi membuat kritikan teks terutama bagi mengkaji selok-belok teks

  • * Di Belanda istilah ini bererti perangkat pengetahuan dengan mengkaji teks sastera atau budaya.

kenali jawi : ilmu filologi ( part 1)

memandangkan nak exam..
maka ini cara study pling berkesan kot..
buat balik nota kat blog kesayangan
semua boleh kongsi kan?
mari kita kongsi sedikit pengenalan ilmu filologi.. basic ja dulu
PENGENALAN FILOLOGI ???
merupakan pengetahuan tntang sastera dan kebudayaan. Penelitian filologi merupakan salah satu cara untuk meneliti bahasa melalui 3 bidang iaitu :
1. linguistik
--> mmpelajari unsur2 " membangun bahasa " sperti,
  • ucapan
  • cara membuat kalimat
  • dll yang tercakup dalam pengertian bahasa atau gramatika

2. filologi berkepentingan dengan makna kata secara khusus, kerana tujuan adalah kejelasan bahasa secara menyeluruh dan sesuai kata demi kata,baik yang tertulis mahupun yang lisan


3. ilmu sastera (kesusasteraan) yg berkepentingan dngn penilaian atau ungkapan bahasa jika dilihat dari sudut estetika. serta dipandan sebagai ilmu yang menyelidiki kebudayaan melalui bahasa dan karya.



FILOLOGI SECARA ETIMOLOGI

filologi berasal dari kata yunani

  • 'philos' - cinta
  • 'logos'- kata( kata ini kemudian membentuk erti 'cinta kata' atau 'senang bertutur' atau 'senang kebudayaan')
kata ini berkembang kmudian menjadi 'senang belajar' atau 'senang kebudayaan'


Dalam bahasa Arab filologi adalah ilmu 'tahqiq al-Nushush'

menurut Az-Zamakhsyari dalam kitab 'Asas al- Balaghah'

"mentahqiq sebuah teks atau nash, iaitu melihat sejauh mana hakikat yang sesungguhnya yang terkandung didalam teks itu. Mengetahui sesuatu berita dan yakin dengannya. Oleh demikian, 'tahqiq' dalam bahasa ialah pengetahuan yang sesungguhnya dan bererti juga mengetahui hakikat sesuatu tulisan."

Oleh sebab itu, sebahagian ahli filologi yng mengadakan tahqiq pada suatu teks tidak menyebut dirinya sebagai 'muhaqqiq'(gelaran bagi orang yg mentahqiq teks). Mereka lebih cenderung memakai kata "

  • sahahhahu - telah diperiksa(paling popular digunakan)
  • qara'ahu - telah dibaca oleh
  • qaranahu - telah dibandingkan dengan naskah asli
  • i'tana bihi - yang dipelihara dan dijernihkan


Para ulama memainkan perana besar dalam mentahqiq karya2 penting bagi umat Islam iaitu bermula dari :

1. pengumpulan nas-nas Al-Quran
2. hadis Nabi s.a.w
3. karangan para ulama terdahulu dalam pelbagai ilmu keislaman.

Selain itu, tahqiq juga digunakan untuk :

1. penyusunan buku-buku sumber dalam pelbagai bidang cth: tafsir yg gunakan riwayat hingga ia dinamakan al-matsur
2. menyelamatkan warisan kesasteraan dari zaman pra islam
3. syair2 zaman jahiliyyah
4. ilmu insab
5. salasilah keturunan yang dihafal dan disampai secara turun menurun melalui lisan.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...