Sunday 2 June 2013

kenali jawi : ilmu filologi ( part 7)




Okeh..previous sblm ni ceq ada kongsi fungsi filologi sebagai alat bantu ilmu filologi kan? 

Jadi part kali ni kita kongsi fungsi filologi sbgai alat bantu ilmu2 lain.. check it out! 



FILOLOGI SEBAGAI ALAT BANTU ILMU ILMU LAIN 



Hasil dari suntingan teks yang dijalankan, terdapat pelbagai ilmu yang dapat dikeluarkan dan disumbangkan kepada ilmu2 lain. Hal ini kerana, kandungan naskah lama yang beraneka ragam dapat membantu pelbagai cabang ilmu 



1. Filologi sebagai alat bantu linguistik 

Untuk penelitian linguistik, ahli linguistik memerlukan suntingan dan hasil kajian bahasa lama oleh ahli filologi 

Ilmu linguistik memerlukan bantuan ahli filologi bagi menganalisis selok belok bahasa tulisan yang umumnya berbeza dengan bahasa sehari. 



2. Sebagai alat bantu sastera 

Penyelidikan suntingan manuskrip lama dan hasil pembahasan teks yang mungkin dapat dimanfaatkan sebagai bahan penyusunan disiplin sejarah sastera atau teori sastera 



3. Sebagai alat bantu sejarah kebudayaan 

Bagi membantu kajian terhadap khazanah rohaniah nenek moyang cth: 

  • Adat istiadat 
  • Kesenian 



Manakala contoh bagi bidang kesenian muzik 

  • Takaran 
  • Timbangan 



Disamping itu dapat merungkai kembali istilah2 yg punah dimakan zaman 



4. Sebagai alat bantu hukum adat 

Filologi membantu dalam penyediaan teks. Sbgai cth : 

Undang2 sastera melayu seperti 

  • Undang2 negeri Melaka 
  • Undang2 Minangkabau 



5. Sebagai alat bantu sejarah perkembangan agama 

Memberikan gambaran tentang perwujudan penghayatan agama dan kepercayaan yang hidup dlm masyarakat Nusantara. Cth : 

  • Islam 
  • Hindu 
  • Buddha 


6. Sebagai alat bantu filsafat 

Merupakan sistem berfikir menurut logik dengan bebas sedalam sampai dasar persoalan 

Memberikan gambaran tentang pemikiran yang berkembang masa zaman dahulu 





Demikanlah hubungan erat antara filologi dan ilmu2 yg lain..Saling membantu , saling memenuhi.. :)




No comments:

Post a Comment

semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...