Saturday 1 June 2013

kenali jawi : ilmu filologi ( part 4)



TEKSTOLOGI DAN TAHQIQ


Tekstologi  merupakan ilmu yang mempelajari selok belok teks.
Dalam bahasa Arab, semua hasil karya sastra tulisan tangan masa lampau merupakan naskah.



TEKS DAN NASKAH

Teks merupakan kandungan atau isi naskah. Perbezaan antara naskah akan lebih jelas jika terdapat naskah yang lebih mudah tetapi mengandungi teks yang lebih tua.

Terdiri daripada isi dan bentuk

Terdapat tiga jenis teks iaitu :

  • Teks lisan
  • Teks tulisan tangan
  • Teks cetakan


Teks bersih yang ditulis pengarang dikenali ‘otograf’ manakala salinan yang ditulis penulis lain dikenali sebagai ‘apograf’




PROSES PENGHASILAN TEKS

Menurut De Haan, proses penghasilan teks terjadi atas sebab beberapa kemungkinan


Pertama

Salinan asli ada dalam ingatan pengarang. Oleh sebab demikian, apabila ada pengarang yang cuba menghasilkan atau menulis kembali , mungkin terdapat perbezaan disitu.



Kedua

Aslinya teks dilihat kurang sama mungkin disebabkan penyalin memerlukan kebebasan berkarya. Hal ini mungkin terjadi apabila karya asal ada keberangkalian dicuri, diwarisi atau dipinjam.



Ketiga

Aslinya teks tersebut mungkin tidak dapat disempurnakan disebabkan terdapat had dalam penggunaan tatabahasa atau ayat dalam karya asal. Seperti, teks2 yg berunsur kalimah keagamaan.

No comments:

Post a Comment

semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...