Saturday 1 June 2013

kenali jawi : ilmu filologi ( part 6)



HUBUNGAN FILOLOGI DENGAN ILMU-ILMU LAIN




ILMU BANTU FILOLOGI


Filologi merupakan sautu cara bekerja untuk memahami, menelaah suatu naskah. Hasil tersebut boleh digunakan untuk memahami cara berfikir dan adat istiadat pada waktu tersebut

Oleh demikian, untuk memahami sastera Melayu lama, kehidupan masyarakat dari semua warisan Zaman Melayu harus dikaji. Antaranya kehidupan masyarakat melayu :

  • Sriwijaya 
  • Pasai 
  • Melaka 
  • Acheh 
  • Johor 
  • Riau 



Disamping itu, filologi memerlukan ilmu2 bantu yg erat hubungannya dengan bahasa dan budaya masyarakat yg melahirkan naskah dan ilmu sastera untuk mengungkapakn nilai2 sastera yg terkandung dalamnya.

Ahli2 filologi memerlukan ilmu2 bantu seperti

  • Linguistis (amat mengutamakan bahasa lisan termasuk bahasa naskah,bhsa lisan dan bahasa yang diguna pakai seharian) 
  • pengetahuan bahasa 
  • paleografi 
  • ilmu sastera 
  • ilmu agama 
  • sejarah kebudayaan 
  • antropologi 
  • dan folklor 



1. lingustik

ada bbrapa cbng linguistik yg dipndang mampu membantu ilmu filologi antaranya:

I. Etimologi

ilmu yg mempelajari asal usul sejarah kata. Hal ini kerana, bahasa2 naskah Nusantara bnyk mengandungi serapan dr bhasa asing. Dan perkembngnan bahasa tersebut adakala menyebabkan perubahan erti dan bentuk bahasa itu sendiri. Pengkajian perubahan ini menurut pengetahuan tntng fonologi, morfologi dan semantik iaitu ilmu yg mempelajari bunyi bahasa,pembentukan kata dan makna kata.



II. Sosiolinguistik

cbng yg mempelajari hubungan saling mempengaruhi antara perubahan bahasa dan perilaku masyarakat. Membantu mengungkap keadaan sosio budaya yang terkandung dalam naskah.



III. Stilistika

Cbgn linguistik yg mengkaji bahasa sastera,khususnya gaya bahasa. Membantu filologi menemukan teks asli atau paling dekat serta penentuan umur teks.




2. Pengetahuan bahasa2 yg mempengaruhi bahasa teks

Bahasa2 yg mempenngaruhi naskah asal ialah :



I. Bahasa Sanskrit

Diperlukan untuk kajian naskah Jawa khususnya Jawa Kuno( kerana jelas pengaruhnya terlihat)



II. Bahasa Arab

Bagi naskah2 yg dipengaruhi ajaran Islam khususnya yg berisi ajaran tasawuf atau suluk.



III. Pengetahuan bahasa2 daerah Nusantara

Bagi mengukuhkan pengetahuan bahasa daerah yg erat kaitan dengan naskah yg dikaji



3. Ilmu sastera

Diperlukan untuk menangani teks berisi cerita rekaan (fiksyen). Sbgai cnth, teks2 melayu yg tergolong dalam cerita penglipur lara, jenaka, wayang,cerita panji dan cerita pahlawan Islam.

Ilmu sastera ini telah dipelajari sejak zaman Aristoteles lagi.



4. Hindu, Buddha dan Islam

Apabila mengkaji naskah, akan terlihat pengaruh2 ini dalam sesebuah naskah.

Sebagai cth, dalam naskah Jawa Kuno misalnya, akan ternampak pengaruh Hindu dan Buddha iaitu berisi ajaran agama sperti

  • Brahmandapurana 
  • Agastyaparwa 

#untuk agama Budha



Dalam naskah melayu akan terlihat pengaruh Islam seperti cth dalm penulisan

  • Syair Hamzah Fansuri 
  • Abdus Samad al- Falimbami 
  • Abdul Rauf Singkel dll 


Naskah yang dipelajari akan difahami dan akan memperoleh pengajaran yg baru



5. Sejarah Kebudayaan

Apabila mengkaji sejarah kebudayaan, dapat kita lihat pertumbuhan dan perkembangan unsur2 budaya sesuatu bangsa. Hal ini kerana, unsur2 budaya berkait dengan

  • Sistem masyarakat 
  • Kesenian 
  • Ilmu pengetahuan 
  • Agama 



Sebgai cth, apabila mengkaji naskah Melayu lama, dapat kita lihat, peristiwa2 yg berkaitan dan ada kalanya tidak langsung logik untuk difikirkan. Sebagai contoh, kelahiran anak2 gadis Melayu dahulu dikatakan lahir dar buih,bambu atau turun dari langit. ( cth dari Hikayat Raja2 Pasai – putri Dewa Indra keluar dari bambu) dan lain2 lagi naskah.



6. Antropologi
Dimanfaatkan hasil kajian sebagai satu ilmu yg merupakan penilitian manusia yg dipandang dari segi fizik,masyarakat dan kebudayaannya



7. Falkor

Dipandang sebahagian dari ilmu antropologi yg mana menyentuh hamper semua aspek kehidupan masyarakat. Unsur budaya yg dirangkumi secara menyeluruh dibahagikan kepada 2 iaitu unsur budaya bersifat lisan (cth, penglipurlara,dongeng) dan unsur budaya bersifat upacaraan( kelahiran, kematian dan perkahwinan)



Nnt kita discuss plak ilmu filologi sbgai alat bntu untuk ilmu2 yg lain.. okeh?

















No comments:

Post a Comment

semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...