Monday, 31 December 2012

sinopsis.....2012 and me










oh yeah...2013 dah nk menjenguk lagi berapa jam saja lagi..
tengah skodeng nak menjelma.

okeh...


memandangkan aku sebenaqnya masih dalam keadaan kronik exam..
maka aku nak postpone kan topik ni kepada hari2 yang ada kelapangan sket..


hahaha..


*saja nk letak jugak entry akhir tahun..yabedabedu...!!


k..daa~~
assalam..

Thursday, 27 December 2012

EXAM MODE ACTIVATE!!!









HAMEK KAU..besaq ak letak ini gmbar... sugguhpun orang2 sekeliling ak tngh berstruggle untuk exam..kenapa aku bole lagi merelaxkan otak aku dengan tidak lagi membaca buku..

oh ya..sebab memang aku teror sangt..sebab tu tk payah baca buku..


nampak tak riak disitu?
hehewhewhe...

kanak2 diluar sana ...jgn ikut perangai bakal cikgu kalian ini..sungguh tidak berguna..

aku stress sebenaqnya..



btw...aku tetap akan berusaha untuk exam aku..demi aku dan mak abah dan anak murid..
aku akan berusaha...


chaiyok!!






*study..please be yummy...

Wednesday, 26 December 2012

mistake...

















exam aku minggu depan...


doa aku agak kes ni tak berulang kembali..

sbb pernah jadi~~~

Tuesday, 25 December 2012

random

nah kau..dah berapa bulan tak update blog
oh ya..tengok la blog ak...~~ 
berubah!!
chaaangg!! amek kau sekali gaya sailormoon tak cukup langkah ja gayanya..

so kali ni aku nak post random...ada benda yang aku nak randomkan menulis kt sini..


1. BLOG BERSARANG

since blog aku pon tak la ramai peminat kan maka aku pon kurang la menghupdate mungkin jika aku ni femes dan fofular macam kedai popular mungkin aku akan mengudate dengan jayanya dan rakusnya 
tapi sungguh ke kalau follower beriban kau rajin nak menghupdate..nampak benor lubang hidung penipunya disitu..emm
so kesimpulan disini..rajin tu yg penting..kalau tak rajin nak tarik follower tak guna.. tp ikut style la kan..tak semua orang suka jadi popular ..



2. KISAH AKU MENJADI DATUK BANDAR TERKENAL
memandangkan aku adalah pelajar semester 3 yang sibuk...(sibuk la sngt kan)
oleh demikian aku membuang masa dan menghabiskan waktu sibuk aku dengan bermain SIMCITY....
ni la benda yang aku tengah kemaruk main kat facebook skng ni.. so untuk bagi aku sayang ampa bulat2 maka terimalah request ak bila ak penuhkan notification ampa semua dengan game tu..
bukan apa..dengan bermain game tersebut aku dapat melatih diri aku menjadi Datuk bandar yang berjaya dan successs...PIGIRAHHHHHHHHHHHHHHH!!
mungkin ada yang remove aku tros dari friends list kerana menyampah dengan sikap prihatin aku dalam memastikan notification kawan2 aku sentiasa penuh dengan maklumat terkini dan perkembangan semasa bandar aku...
kerana aku datuk bandar yang prihatin...


sila terima request ak..tau!!!
3. FASHIONISTA YANG KEDUA BERJAYA
kenapa kedua dan tak pertama...sebab kawan aku lebih rakus bermain dan memegang tetikus dari aku,....dan dia ada satu bilik biasa dan satu bilik yang mewah.. dan aku telah ketinggalan 4 level dari dia..
lagi satu sebab bnyk benor si lelaki baju hitam tu suruh ak wat kerja..dia ingt aku ni bnyk tenaga sngt nak kerja...??? haih
* ni game kedua yang ak rakus bermain..STYLISTA... 
kepada lelaki2 diluar sana sorry aku tak request game ni kat ampa semua..sorry2..


this one..gegul kena main...best tau...aww~
4. UNCLE BOB DAN PEDAS MENANGIS
setelah satu tahun menginap di kolej ..maka aku dan rakan2 telah berbangga untuk menarik diri menginap di kediaman kolej kerana kami merupakan pelajar yang sangt aktif  dan kini menarik diri dari keaktifan kolej demi mendapatkan rehat setelah penat berkerjaya.. 
*sila penampar aku yang masih tidak sedar diri makan ubat tidor 130 biji ini...
oleh demikian dipendekkan cerita duduk rumah sewa... not bad bro sebab wifi dia saaaaaaaaaaaaaaaaangt laju...i loiike..
dan bila duduk rumah sewa ak terpaksa meninggalkan makanan ruji aku dikolej iatu :
cendawan goreng + ayam berempah+ sayur kangkung belacan+ kuah rendang ayam kaw2+ air teh ais dari pakcik teh ais kedai sebelah...
= RM 7.50 dan kebawah....since ak tak ingt ketepatan harga dia...maklumlah..dah tiga bulan tinggalkan kolej...ahaks..
tp dun worry.....
walaupun aku dilanda kesedihan bagai ombak rindu namun tk sngka aku berjumpa kekasih baru..tidak lain tidak bukan
nama yang telah kusebutkan diatas...yes !!! 
*KASI BUNYI DRUM SKET......................
UNCLE BOB!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!tangtara.....!!!!
tp aku bukan lovey dovey ngan p.cik tu...tp dengan ayam yang dimasaknya..
tahap kerangupan dan kepedasan hingga mampu membuatkan  hingus  meleleh dan menyebabkan resdung yang berlanjutan (over gilakkk) makanan itu menjadikan aku tidak tidur malam tanpa makannya... ketagihan aku menjadi fenomena kerana ia mampu menghabiskan duit poket yang senantiasa kering ini..
*today aku nk mkn uncle bob..tp dia tk bukak...okeh phmkan kefrustan aku neh....
kepada yang tidak thu apakah uncle bob ini...silalah mencari dan merasainya..
tp aku tk jamin sedap mcm kt tempat aku beli ni..sbb p.cik tu wat menu special kat aku..
UNCLE BOB PEDAS MENANGIS..... tu menu ak..
mmg p.cik tu taruk paprika tahap merah sampai lembu seberang jalan berapa kali kejor pakcik tu aku pon tk ingt...huahhaha

nampak tak tue..tanpa lemak...dan sebab aku dapat tulang mungkin tu penyebab berat badan aku makin turun...hahaha
kalau nk ikut mmg bnyk bnda nk update..tp sebab rndom aku pilih yang ak pikir sekrang ..sonang...
nnt2 aku update la..insyaAllah....
doakan aku..nk exam ni..
sungguhpun ketika ini aku tk sentuh buka lagi...TIDAKKK!!!!!!!!!!!!
anak2 muda jngn contohi perangai ini..tidak baik untuk akal...
sekian

Thursday, 29 November 2012

SUNYI....



aku sunyi??

tak lah..lebih kepada blog aku yang menyepi sudah sekian lama..

hati??

perlukah hati terasa sepi sedangkan Allah sentiasa disisi
aku sedar..kadang2 hati aku juga turut merungut dengan hal duniawi yang aku sibukkan..

tapi aku juga harus ingtkan diri aku yang ak tak boleh terleka

nikmat hidayah yang Allah bagi kat aku..
aku perlu menjaganya..
perlu agar aku tak kembali kepada zaman silam aku yang mengaku diri Islam tetapi amalan bagai nyawa2 ikan sahaja

bukan bermakna sekarang aku sempurna
aku hanya mahu diri aku diperbaiki..
sedikit demi sedikit

dan aku juga berharap agar orang yang aku sayang didunia ini turut sedar akan kenyataan ini..
doaku tidak pernah putus
hanya risau diterima atau tidak

ampunkan dosa ku..
Ya Allah..kabulkan doaku
selamatkan kami dunia dan akhirat..

aamiin...

Saturday, 20 October 2012

segala kesulitan sangat dikesali





sebelum ni memang dah agak kecoh la blog aku kena hack..
aku pon taktau la sapa punya kerja la kan..
habis kena tukar..

gambar semua kira lost cmtu je..
link pun kira habis kena tukar...

jadi kira memang agak frust la
blog yg tak femes cm neh pun kena hack jugak ke?
SIAN~


jadi kisahnya memang aku terpaksa replace balik gambar2 tu semua..dan ianya sangt memakan masa dan tenaga dan perlu meningkatkan kerajinan aku. Dan ia adalah satu perkara yang amat digeramkan la sebab post aku sangt banyak dan bnyk gmbar2..
maka sekarang ni kebanyakkan gambar tu menjadi palang hitam.

bencinya..
sumpah memang hilang mood tau kalau nak replace satu2 balik..sbb aku pun taktau kt mana ak dah keep gambar2 tu semua.
dan ada post yg aku terpaksa delete sebab ada yg banyk gmbar..


tp serius sngt sedeh nak delete sebab tu semua kenangan merapu aku dan kawan2

tapi yang baiknya aku kiraa bole freshkan balik suasana dalam blog ni..
contohnya tak la bnyk merepek sngt dan kira aku bole bukak cerita dan lembaran baru..

memang rasa nak delete semua..


ye kena delete ke?

ada yang aku tinggal biaq berpalang hitam sebab aku suka story merapu aku dalam tu..

jadi bagi yg tak suka mintak maaf la..
sbb aku bukan tak bole je tukar..
tapi menengoknya buat sakit hati pedih jantung limpa semua..

maka nak senang baca entry yang selepas entry ni..kira ada gmbar la..


dulu aku ada kata nk wat tutorial pasal kalau kena hack nak kena wat apa kan??

kira insyaAllah aku buat..kalau ada orang tanya la...

okeh... ilalliqa~

Tuesday, 2 October 2012

bersabar itu harus





memandangkan blog saya kena hack

memandangkan gambar saya semua habis hilang

memandangkan mood saya benar-benar tiada...



sengaja nak isytiharkan sekali lagi
blog ni dalam proses baik pulih..




nnt saya akan update pasal cara2 nak remove hacker sekalian makhluk
dan cara nak pastikan gambar tak hilang..
beware to the user of smartphone



tq~

Monday, 1 October 2012

totally hackers....








tak disangka jugak ada orang yang khianat nak godam blog aku



so my blog is in renovation


sorry for the black picture...




*habis semua dia hack..nasib baik cekap gak nak kembalikan blog neh..kalau tak delete tros je tadi...



Saturday, 29 September 2012

speak truth~





berkata benar sangat pahit bukan?

tetapi pahit itu hanya sebentar.
kerana kemanisan akan datang selepasnya..

tidak rugi berkata benar..

kerna yang benar itu adalah sesuatu yang indah tersiratnya


mungkin hari ini kamu berdusta
tapi ingat..

suatu hari nanti
dimana titian sirat bakal kamu lalui..

kamu akan ingat
bahawa bicara yang penuh dusta,
mulut yang penuh melukakan dan berkata nista
akan terkunci kerna saksi kamu yang terdiam kini
akan mula langkah berbicara


pelihara percakapnmu..
berkata benar walaupun sungguh ia payah...

Monday, 10 September 2012

now..this is my turn..

selama ini kita rancang sangat baik . Dan bila kita tak sampai kepada perancangan itu mula hati kita mempersoalkan segala dari hadapan hingga akhir tabir.

Berkata memang mudah..Menasihat pula macam air hujan saja lebatnya.
tetapi bila menerima..bila ia terjadi kepada diri sendiri, daun keladi lebih menerima air dari diri sendiri yang tidak bersyukur menerima apa yang terjadi
Dan kemudian ,segala tanda tanya mula berpusing dan bermain dengan perasaan
kenapa?
mengapa?
bagaimana?
itu tidak adil..

dan diri mula mempersalah musibah yang terjadi..
dan segala nasihat yang pernah diberi kepada orang lain,tidak pernah berpatah balik kepada diri sendiri. Sebaliknya berpantul kearah lain. Tidak langsung menyinari hati yang sibuk mempersoalkan takdir tuhan.

GAGAL?

memang sakit. 3bulan ini aku berperang dengan perasaan ini. Bukan sekali aku pernah merasa,tetapi dari kecil lagi aku sudah terbiasa. Cuma kali ini berbeza sekali rasanya. 
mungkin kerana telah berusaha?

ya!!... aku memang berusaha dan aku tidak perolehnya
tetapi membandingkan dengan orang lain..aku merasa aku berhak mendapat kejayaan itu berbanding mereka. Dan aku hampir menyalahkan takdir. Takdir yang sukar aku terima. Takdir yang meruntuhkan saat suka aku..

melawan perasaan itu bukan mudah..aku hanya mampu berdoa agar Allah buangkan ingatan aku untuk detik itu..memberiku jiwa yang tenang dan redho. Dan aku berharap, 

"Allah...kurniakan aku detik yang indah bagi aku menghilangkan parut itu.." amiin.

mungkin dulu aku tidak pernah merasa kerana usaha aku dahulu sangt sepadan dengan kegagalan yang aku peroleh selepasnya.
bezanya kini??

usaha aku seharusnya memperoleh kejayaan..tetapi takdir telah berpusing roda dimana ketika ini aku telah berada dibawah..

sebenarnya aku tidak kisah..kerana aku masih didalam senarai *****.. ttp bila melihatkan perbandingan dengan rakan2,aku mula resah. dan ketika itu aku jatuh rebah dan sukar untuk aku melihat hikmah disebalik tiang kejadian yang terjadi.

dan sekarang .. seperti aku terasa..

"kalau usaha gila-gila tapi tiada dalam senarai menerima kejayaan dan tiada nasib baik...baik aku kembali kepada diri aku yang dulu yang tidak kisah gagal atau berjaya sama sahaja..semua bergantung kepada rezeki masing2"

tetapi aku tahu , zaman itu merupakan ketika aku menerima qada tuhan tanpa aku berusaha sepenuhnya.. 
Dan aku tahu....

AKU TIDAK BOLEH KEMBALI KEPADA DIRI YANG DULU.

aku harus terus berjuang .. mungkin sem ini aku mungkin menitiskan airmata mutiara
air mata  yang diperoleh setelah berenang dilautan dalam..

mungkin dulu aku tidak pernah bersusah untuk kejayaan..
mungkin kerana dulu kejayaan aku terima kerana ia adalah rezeki aku dan bukan usaha aku..

dan kini..aku telah merasa bagi kali kedua
zaman matrik aku sekali
dan kini ia berulang,cuma keadaan yang lebih kuat terasanya.kerana suasana yang aku rasakan ketika matrik ..
"they deserve to have it.."
tp sekarang suasana yng aku rasa.

" why dalam banyak2 orang aku jugak yang kena dapat..sedangkan orang lain buat sama gak ngan aku.."

dan sekarang aku faham... itulah yang dinamakan rezeki mereka.
rezeki aku mungkin lain kali..

to my friends yang pernah aku nasihat dulu..
"sabarlah weh...itu ujian dari tuhan buat kamu..nnt mesti dpt lagi baik.."

itu ikhlas tau! bukan main ayat copy paste dari orang lain..kerna kamu adalah kawan saya dan mngkin nasihat ak bole jadi penyjuk. just trying by chance
 ..kerana aku..3bulan berperang sendirian tanpa sebarang sokongan .. aku tiada kekuatan untuk meluahkan seperti biasa. merasakan diri ini tidak berguna dan cuba memperbaiki wayar kewarasan aku.. 3bulan aku melalui pelbagai detik airmata. dan aku betul-betul lemah..
hanya sekarang kekuatan itu makin kembali.. mendoakan diri ini tidak mudah gugur dari senarai matlamat yang telah aku tulis.

thanks to friends yang tahu saat itu.. dan comfort me very well...
Allah will give you bless in your life..
thanks..

em..aku cerita bukan mintak simpati..just sharing..

*cuti yang penuh airmata.....sedeh~

Saturday, 16 June 2012

kenapa lain ek?..

salam alaik....




aku rasa baru dua bulan tak jumpa...
tapi kenapa anak sedara aku yang laki ni lain ek muka dia...




sebelum 2 bulan..







*hasil gambar dari enset murah.. kekurangan dikesali..kiki





dan selepas dua bulan...k.long aku hantar gambar ni tadi..











kenapa aku nampak lain ek?
mata aku tak tonyoh lagi ke??


ke k.long aku tangkap gambar ank orang..



*apa punya teruk mak sedara cam haku neh.. adam pon aku tak kenal..
maaf acu ek.













berakhir sem 2.. ko blajar apa ye Ain? (part 1)

salam alaik...~







tidor bangun tido bangun..tengok2 dah nak habis sem 2 dah aku ni..
walaupun baru sem 2.. tapi sepenuh hatinya aku kata..kat sini dah macam2 benda aku belajar..

terutama bidang yang aku ambil sekarang..  dan ramai gak yang tertanya-tanya..

apa yang aku belajar
apa yang aku buat..
best ke tak....
susah tak..
sronok tak...
mesti macam budak-budak..

*kalau nak list memang lagi berjela entry aku..


bidang apa?...

dulu..bila ada orang tanya aku soklan ni..mesti aku jawab begini..


"ala..kos biasa-biasa ja..pasal kanak-kanak..tak la hebat sangat.. "



nah kau..tengok, jawapan yang tiada langsung ada keyakinan nak menjawabnya..macam sebetulnya, dapat masuk u tu kira Alhamdulillah..

"laa....ingat pasal minat kanak-kanak.."

dan mungkin ada yang kata kat aku cam di atas?



aku memang suka budak-budak..tapi yang buat baik ngan aku je la..tu dulu.. kalau tak takdak makna la aku bole nangis sebab geram ngan perangai anak sedara aku yang memang tak paham apa tu.. kira sebelum aku belajar pasal budak-budak ni..tahap kematangan aku adalah mungkin kalah ngan budak-budak..sebab aku siap bole gado ngan anak sedara aku berebut nak tengok cita kartoon 

padahal aku dah tingkatan 5 dah waktu tu dan anak sedara aku baru nak paham dunia tv neh... hihi
konon..bila mak bela cucu dia bole la aku kata...


" kat asrama takboleh  kartoon..balik rumah pon nak kena mengalah gak ke?..


tngok.tahap ketidakmatangan aku dulu... tapi bila kes dia tengok barbie..aku pon ..SILA TURUT SERTA. hoyeeh!














nie anak sedara comel dan kiut dan kesayanganku dan yang aku rindu gila2  yang dulu buat aku nangis sebab dia tanak kat aku...siap bole buat aku dendam kot.. 
dan paling tak bole blah bila aku buat boikot tanak layan dia bila datang rumah aku.. 
*apa punya teruk perangainye~


budak neh pencinta barbie sama aku..
dan jam loceng aku waktu cuti..

"acu!!!!!!!!!!!!!!!!..bangunla..."
sambil ketuk2 pintu bilik aku..dah macam nak runtuh dah rumah aku..



nmpaknya aku dah lari tajuk sebentar ye...



berbalik kepada berakhir sem 2 dan persoalan apa yang aku blajar.. tak dinafikan.. perasaaan kagum aku terhadap bidang aku semakin membuak2 macam gunung berapi yang sudah melimpah ruah memenuhi pulau Hawaii..

kan aku kata...mana pernah aku bangga masuk bidang nie awal2 dulu..masuk pon sebab nampak senang so..ambilla..
*lagipon aku ni bukan pencinta menghafal dan mengira..

dan habis matrik tak bermakna aku perlu go on ngan kos akaun aku yang aku blajar kira2 3 tahun..cmpur ngan tingkatan 5 dan 4 la..
ikut kemampuan kita dan kebolehan kita..

tidak dinafikan bahawa pointer aku habis mtrik  layak ja nak continue akaun atau eko atau bisnes..tapi aku tak minat.
*note..aku bukan bangga sendiri ek..

tue ja...

so buat apa aku nak susah payah nk pening ambil kos apa nnt kat u..
maka decide aku...


" hafal susah....kira pon tak brpa nak reti sngt...kira orang kesenian kot aku neh..."
*  tidak ada benda yang senang dalam dunia ni ye..aku ja suka buat kesimpulan tak berfaedah untuk diri aku je...


dan jujurnya..habis matrik..10 tmpat kosong UPU..satu pon aku tak isi ngan 3 subjek yang berkenaan ngan apa yang aku bljar di mtrik..sebb aku dah nekad la katakan..

apa yang aku isi..

kaunseling.. *kira perasan diri ni pandai motivasi orang la kot waktu tu...

bahasa Melayu...* sebab pikir..loghat penang aku pekat sangt..maka aku pon berfikir..MARILAH BERBAHASA MELAYU TULEN~..wee..

bidang2 yang ada kaitan ngan pendidikan seni dan tradisional.. * konon perasan diri ini berseni sangt..

syariah dan bab agama sket.. * nak sambung cita2 abah yang nak anak dia jadi ustazah dan doktor....

dan bidang yang aku amek sekarang.. * sebab macam ceria ja..tu aku ambik...dan lagi satu sebab cikgu.. memang cita2 aku..

keputusan 'cemerlang' aku buatkan aku berjaya untuk tidak layak sebanyak dua kali nak maktab..sedeh..~


dan rezki Allah.. aku dapat temuduga untuk kaunseling dan juga USM..tapi sebab kos yang dirawarkan USM tu tak kena ngan jiwa aku sngt2 maka aku pon penuh keyakinan menolak tawaran itu.. keputusan menolak tu mengecewakan abah dan k.long aku la.. sebab insan2 ni nak aku duduk dekat2 ngan rumah dan senang dan sebab lagu satu iaitu USM.. 

dan alasan aku nak tolak sebab..dekat sngt..taknak la..nak duduk jauh2 bole naik bas??

tngok apa punya alasan..sian abah...

keyakinan aku..konon dapat UM untuk kaunseling la plak..tp taksangka UPSI lebih menghargai aku... maka dia nak aku jadi cikgu la tu...(tau la aku ni layak) *perasan gila~

sebenarnya ini yang dinamakan takdir Allah..rezeki aku disini...dan tak semestinya yang kita rancang itu dapat..kerana perancangan Allah itu lebih hebat..






nampak..aku betul2 di upsi...tak tipu keh.. 


masa awal2 aku was2 gak nak ambil sebab "open market" .. kira ramai orang tolak kos neh sebab ada perkataan english tu la..

tapi bila pikir2 balik..sama ja sebenarnya.. kalau ambil under kementerian pon kalau result tak gempak pon tak bole posting gak kan? bezanya kerja under kementerian iaitu goverment.. kira nnt tua bole dapat pencen..ye tak?..kalau open market ni kena la bersaing sket ngan IPTS lain..

macam kos open market nie kira keluar memang tak boleh posting lagi..sebab kena cari sendiri..tu yang budak2 taknak..
dasar semua nak senang kan?

kalau pikir betul2..kos open market neh lagi bawak beribu keuntungan buat rakan2guru sebenarnya.. tak perlu terikat dengan mana2..bebas untuk membuat pilihan pekerjaan yang anda mahu selepas bergraduat..kira tak terikat untuk menjadi guru..


dan berbalik kepada bidang aku.. tak semestinya anda perlu menjadi seorang guru tadika nanti...
kalau tak minat..

ini pilihan anda..


1. membuka tadika sendiri..

2. bekerja menjadi pegawai kanak-kanak di institusi yang sedia ada sekarang..

3. pensyarah..

4. guru tari..muzik..seni..lakonan..( sebab kemahiran ini korang akan belajar)

5. pakar motivasi kanak-kanak..

6. pembekal barangan kanak-kanak..

dan berbagai lagi sebenarnya..

dan ramai dalam kalangan kawan2 aku keluar nanti mereka taknak jadi guru tadika..ramai yang membuat pilihan unutk menjadi seperti yang diatas...


dan aku?....

dalam perancangan... 
~ kuar bergraduat tanpa hutang ptptn ( kira dekan setiap sem.. dpt 1st class la..)
~ guru tadika sementara..sebab nak cari duit nak smbung master.. 
~ jadi lecturer..dapat income lebih sket..
~ buat pinjaman..bukak tadika sendiri..

n..continue PHd.. dan tidak lupa juga..berkhawin..heheheeh~ maaf gatal sebentar..ngeh2


perancangan kasar...yang ditetapkan tidak tahu lagi..tapi aku tngh berusaha.. untuk capai cita2 aku.. 


dan ada yang tanya..

"best tak course neh??.."


jawab aku.....

"best sangat-sangat.."



dan jika ada yang berkata begini..


"okeyla hang minat..kreatif..sesuai la.."


dan aku akan jawab.....


" kawan aku tak minat dan ada yang masuk sebab terpaksa dan ada yang berguling kat tangga nagis tak suka..tapi sekarang muka happy je siap lompat bintang sepuluh kali"

kreatif??


pernah korang try discover dalam diri korang betul?.. 

kat sini ada yang kata.. aku tak pernah tau pulak aku pandai buat gini2... 

kadang2 kemahiran tu bukan atas dasar bakat..tapi belajar..kalau belajar insyaAllah bole..
kalau memang bakat sendiri.. Alhmdulillah...


jauh aku melencong ye...

bila pikir2 balik..banyak benda aku dah belajar... dan banyak aktiviti yang aku dah buat.. maka kat sini nak list gak la kan...hehehehe


nie sem 2..
baru2 nie kena buat persembahan kanak-kanak
maka kumpulan aku pilih teater
buat kisah tajuk Puteri Burung Merbuk








siap kena blajar tarian zapin.. cikgu zapin yang tengah tu..cik nisa
aku choreography lebihan je.. 














dan jugak persembahan silat pada awal cita..
haaaiiip~






.

aku sultan yang murka menghidap jantung kecut..







dayang kiah yang propa  dan penasihat sultan yang setia..sultan kecewa merbuk kena makan dengan puteri sendiri








sesi penyumpahan puteri








puteri yang bertukar..dan setia yang setia..








nah kau...~



sem 2 nie tak banyak sangat kerja-kerja kreatif begini sebab olahan kepala tertumpu kepada longgokan jurnal dan berbagai ulasan nya..


********

sem 2 gak aku blajar buat puppet..





nak tngok lebih2 pasal puppet
tekan SINI nak tengok..


**********


disebabkan sem 2 nie aku blajar kanak-kanak istimewa..maka buat lawatan gak..







****





tak lupa sesi mengajar kanak-kanak..






*yang ni lebih kepada kerja sambilan yang bakal anda dapat setelah ditawarkan menjadi guru..
balik kampung hari tu..nak interview budak sebenarnya..last2 diberi tanggungjawab handle budak-budak neh..

nak baca lebih2 tekan SINI.

**********



itu sem 2... panjang dah entry aku..mesti bosan panjang2..
aku nak buat kes bersambung plak la..



oke..

bersambung.....




tunggu part 2






















Wednesday, 13 June 2012

kena berpisah...

salam alaik...




sebenarnya hati aku btul2 sedeh...
sedeh la..sebab ingat dapat duduk kolej kesayangan aku..tapi....

dengan pernuh jayanya..nama aku dan rakan-rakan rumah tiada tersenarai dalam kedudukan terkini carta orang femes dan terkenal Kolej Aminuddin Baki Upsi..yea~

*sila tepuk tangan beramai-ramai..

kes kena duduk rumah sewa tu oke lagi..tapi bila terpaksa berpisah ni yang sedeh.. 6 orang dalam rumah aku ni dah macam family dah..
tup2..kena berpisah..

kak farah memilih jalan untuk memohon duduk disini. apapon tahniah kak Farah sebab jadi ketua Wing.. tahniah!!

skalipun sem depan kita tak duduk sama2..tp nnt kita keluar melancong sama2 tau... jngn lupa kami...wuwuwu..


saja nak refresh kenangan bersama-sama sem 1 dan 2..bersama kak Farah..mungkin kita kurang join aktiviti kolej sama2..tapi klau bab2 melancong ni don't worry kak Farah..kami tetap ingt kat kak Farah..nak shopping pun bole aja~






























  

nak letak banyak lagi neh...
wuwuuw..sedeynya..


tapi takpa..major sama lagi..



*kepada housemate baru kak farah..jangn berani buli kakak kami..
mmg dia nmpak tegas..
tapi dia baik..



kak Farah..jangn la lupa kami..rajin2 jenguk la kami disini.. 












Tuesday, 12 June 2012

itu betul...

salam alaik...



tanak cakap banyak...


i don't know...

salam alaik...



ada gak pelempang yang nak kena spesis buat lawak cm neh..hehehe

kalau anak murid aku... takpa..cikgu simpan pelempang tu..tunggu kamu besar sket..hahah





oh my~

salam alaik...



hewhewhew~... 




nmpak tak?

walaupun pengalaman bercinta ini kosong percent...
tapi aku tau la.. kalau dah suka tu taik pon nmpak cam bunga.. siap hidu lagi kot..hehe

*itu pepatah yang kurang senonoh sket..minta maaf..harap maklum..


dan aku.. walaupun aku ni tak pernah memegang title Miss World (walaupun aku layak sebenarnya)*perasan..
tapi bagi aku jika bakal suami aku nanti..(heheheh..mula berangan)
memilih aku bukan kerana rupa aku..ia adalah perasaan jiwa yang amat kagum..

kerana kecantikan itu mungkin tidak kekal..


mana isteri taknak suami solehkan?
dan mana suami taknak isteri solehah.

kalau tanya kaki rempit pon dia nak perempuan yang baik..
kan3..

dan aku.nak suami yang baik jugak..dapat soleh tu Alhamdulillah..
sebab aku pon tak berapa nak solehah gak..tapi aku baik...kot..hehe

pilihlah aku kerana  aku..itu akan kekal

kalau dah niat nak dapt suami baik2..diri pon kena la baik kan
maka perbaiki diri..
jaga tingkahlaku dan akhlak
agama tetap pada jalan utama..


sebelum mood aku menggatai lebih lagi..maka..aku disini..
memaklumkan...
bahawa 

perhebatkan langkah kita kejalan Allah.
insyaAllah..dipermudahkan segala doa kita..


*aku pun masih kurang ilmunya..tapi kalau aku peringat insan2 sekeliling aku slalu..hati aku pun tergerak menjadi lebih baik jugak..sama2 kita menasihat.. 
maka bila nak masuk syurga..kita langkah sama2.
okeh!

cari jodoh,utamakan melihat sesorang kepada cintanya kepada Tuhannya.. 
insyaAllah rumahtngga bahagia..

(pasni nak jadi pakar motivasi plak)

assalam..




exam facts



salam alaik...

rasanya semua ada pengalaman kot..~









tapi kadang2 tak jugak..genius2 yang aku jumpa slalunya mmg habis awal.

paling geram bila exam Math.. bole ja tidur sedangkan aku tungkus lumus buat tak cukup masa..

haishh~




tak sabarnya..alahai~

salam alaik~


kepada hadirin dan tetamu blog yang saya hormati skalian.. 

tertulisnya tajuk diatas sememangnya tidak dinafikan lagi bahawa pada ketika tangan ini tengah menaip, muka aku dah macam apa ja tersengih sorang2 depan laptop neh.

dan sememangnya,tajuk itu begitu menjelaskan betapa tak sabarnya insan ini pada ketika ini.
tapi mengapakah?

burjumpa dengan member Running Man kah?




* ada yoo jae suk dan kookie disitu..



apa?!!  betulkah?.. untunglah..

ya...salah sama sekali~.. kekeke.. (maaflah kerana tuan tanah yang tak berapa fungsi otaknya sekarang)

sebagai pelajar semestinya perkara yang paling dinantikan adalah cuti semster yang panjang.. 

dan aku,sebagai pelajar gak..mestilah turut sama merasai keseronokkan tu. Orang yang bekerja mana ada rasa dah benda2 cm neh..so enjoyla zaman belajar ni sungguh2 ya..

maksud aku bukan enjoy p pub or lepak2 hingga abai tanggunjawab untuk study.. 
nak seronok bole tapi belajar tetap perkara utama dalam list okeh?

dan dalam 4 hari lagi aku akan pulang ke rumah dan menghidu bau ombak penang ..wuhuhu~

maka..tak sabarlah...

doakan aku selamat sampai...

oh yaa~ aku exam skang nie..doakan skali ye untuk aku!!

Sunday, 27 May 2012

uii..takutnya..seram2

salam alaik...




tajuk entry je lebih2 kan...

haha...apa yang seram tu?.. 

sebenarnya tak la terjurus kearah seram tapi lebih gayat sebenarnya. 
Nain dah naik banyak game dan antara semua nain paling takut naik neh..

apakah??









taraa!!

ni adalah ferris wheel
semstinya para blogger sekalian tahu benda ini apa..



maaflah..
mungkin ada yang akan kata..

eleh..slow je pon..bukan ada apa pon


oke..itu yang saya tak suka..
pergerakan yang lambat lagi menyeramkan ditambah angin sepoi2 lalu menggoyangkan segala kabel yang ada..

mak aih...seram bulu roma..keke..
tmbah pulak pengalaman dimana slalu waktu nain naik je mesti dia berhenti btul2 kat atas..

tuhan ja tau hilang oksigen banyak mana bila dia berhenti..





mungkin ada yang kata romatik la naik neh..

bagi nain..TIDAK!!

kalau dah rasa macam nak tercabut nyawa romantik hapakebenda..
tidak romantik sama sekali..





tapi satu benda ja suka dengan roda ferris neh..

gmbar2 yang ditangkap semua cantik2 kan?
meh sama2 kita tengok..










okeh takdak kena mengena dengan perasaaan naik kan..

hehehe..



* nain lebih suka naik topgun,dna mixer, roller coster dan segala bagai yang laju berbanding yang slow dan tinggi neh..




p/s: rajin2 tngok la honey and clover..ada roda ferris.. dan cita tue pon awesome!..versi anime tau..bukan real people..


daa~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...