Tuesday 25 December 2012

random

nah kau..dah berapa bulan tak update blog
oh ya..tengok la blog ak...~~ 
berubah!!
chaaangg!! amek kau sekali gaya sailormoon tak cukup langkah ja gayanya..

so kali ni aku nak post random...ada benda yang aku nak randomkan menulis kt sini..


1. BLOG BERSARANG

since blog aku pon tak la ramai peminat kan maka aku pon kurang la menghupdate mungkin jika aku ni femes dan fofular macam kedai popular mungkin aku akan mengudate dengan jayanya dan rakusnya 
tapi sungguh ke kalau follower beriban kau rajin nak menghupdate..nampak benor lubang hidung penipunya disitu..emm
so kesimpulan disini..rajin tu yg penting..kalau tak rajin nak tarik follower tak guna.. tp ikut style la kan..tak semua orang suka jadi popular ..



2. KISAH AKU MENJADI DATUK BANDAR TERKENAL
memandangkan aku adalah pelajar semester 3 yang sibuk...(sibuk la sngt kan)
oleh demikian aku membuang masa dan menghabiskan waktu sibuk aku dengan bermain SIMCITY....
ni la benda yang aku tengah kemaruk main kat facebook skng ni.. so untuk bagi aku sayang ampa bulat2 maka terimalah request ak bila ak penuhkan notification ampa semua dengan game tu..
bukan apa..dengan bermain game tersebut aku dapat melatih diri aku menjadi Datuk bandar yang berjaya dan successs...PIGIRAHHHHHHHHHHHHHHH!!
mungkin ada yang remove aku tros dari friends list kerana menyampah dengan sikap prihatin aku dalam memastikan notification kawan2 aku sentiasa penuh dengan maklumat terkini dan perkembangan semasa bandar aku...
kerana aku datuk bandar yang prihatin...


sila terima request ak..tau!!!
3. FASHIONISTA YANG KEDUA BERJAYA
kenapa kedua dan tak pertama...sebab kawan aku lebih rakus bermain dan memegang tetikus dari aku,....dan dia ada satu bilik biasa dan satu bilik yang mewah.. dan aku telah ketinggalan 4 level dari dia..
lagi satu sebab bnyk benor si lelaki baju hitam tu suruh ak wat kerja..dia ingt aku ni bnyk tenaga sngt nak kerja...??? haih
* ni game kedua yang ak rakus bermain..STYLISTA... 
kepada lelaki2 diluar sana sorry aku tak request game ni kat ampa semua..sorry2..


this one..gegul kena main...best tau...aww~
4. UNCLE BOB DAN PEDAS MENANGIS
setelah satu tahun menginap di kolej ..maka aku dan rakan2 telah berbangga untuk menarik diri menginap di kediaman kolej kerana kami merupakan pelajar yang sangt aktif  dan kini menarik diri dari keaktifan kolej demi mendapatkan rehat setelah penat berkerjaya.. 
*sila penampar aku yang masih tidak sedar diri makan ubat tidor 130 biji ini...
oleh demikian dipendekkan cerita duduk rumah sewa... not bad bro sebab wifi dia saaaaaaaaaaaaaaaaangt laju...i loiike..
dan bila duduk rumah sewa ak terpaksa meninggalkan makanan ruji aku dikolej iatu :
cendawan goreng + ayam berempah+ sayur kangkung belacan+ kuah rendang ayam kaw2+ air teh ais dari pakcik teh ais kedai sebelah...
= RM 7.50 dan kebawah....since ak tak ingt ketepatan harga dia...maklumlah..dah tiga bulan tinggalkan kolej...ahaks..
tp dun worry.....
walaupun aku dilanda kesedihan bagai ombak rindu namun tk sngka aku berjumpa kekasih baru..tidak lain tidak bukan
nama yang telah kusebutkan diatas...yes !!! 
*KASI BUNYI DRUM SKET......................
UNCLE BOB!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!tangtara.....!!!!
tp aku bukan lovey dovey ngan p.cik tu...tp dengan ayam yang dimasaknya..
tahap kerangupan dan kepedasan hingga mampu membuatkan  hingus  meleleh dan menyebabkan resdung yang berlanjutan (over gilakkk) makanan itu menjadikan aku tidak tidur malam tanpa makannya... ketagihan aku menjadi fenomena kerana ia mampu menghabiskan duit poket yang senantiasa kering ini..
*today aku nk mkn uncle bob..tp dia tk bukak...okeh phmkan kefrustan aku neh....
kepada yang tidak thu apakah uncle bob ini...silalah mencari dan merasainya..
tp aku tk jamin sedap mcm kt tempat aku beli ni..sbb p.cik tu wat menu special kat aku..
UNCLE BOB PEDAS MENANGIS..... tu menu ak..
mmg p.cik tu taruk paprika tahap merah sampai lembu seberang jalan berapa kali kejor pakcik tu aku pon tk ingt...huahhaha

nampak tak tue..tanpa lemak...dan sebab aku dapat tulang mungkin tu penyebab berat badan aku makin turun...hahaha
kalau nk ikut mmg bnyk bnda nk update..tp sebab rndom aku pilih yang ak pikir sekrang ..sonang...
nnt2 aku update la..insyaAllah....
doakan aku..nk exam ni..
sungguhpun ketika ini aku tk sentuh buka lagi...TIDAKKK!!!!!!!!!!!!
anak2 muda jngn contohi perangai ini..tidak baik untuk akal...
sekian

No comments:

Post a Comment

semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...