Saturday 16 June 2012

berakhir sem 2.. ko blajar apa ye Ain? (part 1)

salam alaik...~







tidor bangun tido bangun..tengok2 dah nak habis sem 2 dah aku ni..
walaupun baru sem 2.. tapi sepenuh hatinya aku kata..kat sini dah macam2 benda aku belajar..

terutama bidang yang aku ambil sekarang..  dan ramai gak yang tertanya-tanya..

apa yang aku belajar
apa yang aku buat..
best ke tak....
susah tak..
sronok tak...
mesti macam budak-budak..

*kalau nak list memang lagi berjela entry aku..


bidang apa?...

dulu..bila ada orang tanya aku soklan ni..mesti aku jawab begini..


"ala..kos biasa-biasa ja..pasal kanak-kanak..tak la hebat sangat.. "



nah kau..tengok, jawapan yang tiada langsung ada keyakinan nak menjawabnya..macam sebetulnya, dapat masuk u tu kira Alhamdulillah..

"laa....ingat pasal minat kanak-kanak.."

dan mungkin ada yang kata kat aku cam di atas?



aku memang suka budak-budak..tapi yang buat baik ngan aku je la..tu dulu.. kalau tak takdak makna la aku bole nangis sebab geram ngan perangai anak sedara aku yang memang tak paham apa tu.. kira sebelum aku belajar pasal budak-budak ni..tahap kematangan aku adalah mungkin kalah ngan budak-budak..sebab aku siap bole gado ngan anak sedara aku berebut nak tengok cita kartoon 

padahal aku dah tingkatan 5 dah waktu tu dan anak sedara aku baru nak paham dunia tv neh... hihi
konon..bila mak bela cucu dia bole la aku kata...


" kat asrama takboleh  kartoon..balik rumah pon nak kena mengalah gak ke?..


tngok.tahap ketidakmatangan aku dulu... tapi bila kes dia tengok barbie..aku pon ..SILA TURUT SERTA. hoyeeh!














nie anak sedara comel dan kiut dan kesayanganku dan yang aku rindu gila2  yang dulu buat aku nangis sebab dia tanak kat aku...siap bole buat aku dendam kot.. 
dan paling tak bole blah bila aku buat boikot tanak layan dia bila datang rumah aku.. 
*apa punya teruk perangainye~


budak neh pencinta barbie sama aku..
dan jam loceng aku waktu cuti..

"acu!!!!!!!!!!!!!!!!..bangunla..."
sambil ketuk2 pintu bilik aku..dah macam nak runtuh dah rumah aku..



nmpaknya aku dah lari tajuk sebentar ye...



berbalik kepada berakhir sem 2 dan persoalan apa yang aku blajar.. tak dinafikan.. perasaaan kagum aku terhadap bidang aku semakin membuak2 macam gunung berapi yang sudah melimpah ruah memenuhi pulau Hawaii..

kan aku kata...mana pernah aku bangga masuk bidang nie awal2 dulu..masuk pon sebab nampak senang so..ambilla..
*lagipon aku ni bukan pencinta menghafal dan mengira..

dan habis matrik tak bermakna aku perlu go on ngan kos akaun aku yang aku blajar kira2 3 tahun..cmpur ngan tingkatan 5 dan 4 la..
ikut kemampuan kita dan kebolehan kita..

tidak dinafikan bahawa pointer aku habis mtrik  layak ja nak continue akaun atau eko atau bisnes..tapi aku tak minat.
*note..aku bukan bangga sendiri ek..

tue ja...

so buat apa aku nak susah payah nk pening ambil kos apa nnt kat u..
maka decide aku...


" hafal susah....kira pon tak brpa nak reti sngt...kira orang kesenian kot aku neh..."
*  tidak ada benda yang senang dalam dunia ni ye..aku ja suka buat kesimpulan tak berfaedah untuk diri aku je...


dan jujurnya..habis matrik..10 tmpat kosong UPU..satu pon aku tak isi ngan 3 subjek yang berkenaan ngan apa yang aku bljar di mtrik..sebb aku dah nekad la katakan..

apa yang aku isi..

kaunseling.. *kira perasan diri ni pandai motivasi orang la kot waktu tu...

bahasa Melayu...* sebab pikir..loghat penang aku pekat sangt..maka aku pon berfikir..MARILAH BERBAHASA MELAYU TULEN~..wee..

bidang2 yang ada kaitan ngan pendidikan seni dan tradisional.. * konon perasan diri ini berseni sangt..

syariah dan bab agama sket.. * nak sambung cita2 abah yang nak anak dia jadi ustazah dan doktor....

dan bidang yang aku amek sekarang.. * sebab macam ceria ja..tu aku ambik...dan lagi satu sebab cikgu.. memang cita2 aku..

keputusan 'cemerlang' aku buatkan aku berjaya untuk tidak layak sebanyak dua kali nak maktab..sedeh..~


dan rezki Allah.. aku dapat temuduga untuk kaunseling dan juga USM..tapi sebab kos yang dirawarkan USM tu tak kena ngan jiwa aku sngt2 maka aku pon penuh keyakinan menolak tawaran itu.. keputusan menolak tu mengecewakan abah dan k.long aku la.. sebab insan2 ni nak aku duduk dekat2 ngan rumah dan senang dan sebab lagu satu iaitu USM.. 

dan alasan aku nak tolak sebab..dekat sngt..taknak la..nak duduk jauh2 bole naik bas??

tngok apa punya alasan..sian abah...

keyakinan aku..konon dapat UM untuk kaunseling la plak..tp taksangka UPSI lebih menghargai aku... maka dia nak aku jadi cikgu la tu...(tau la aku ni layak) *perasan gila~

sebenarnya ini yang dinamakan takdir Allah..rezeki aku disini...dan tak semestinya yang kita rancang itu dapat..kerana perancangan Allah itu lebih hebat..






nampak..aku betul2 di upsi...tak tipu keh.. 


masa awal2 aku was2 gak nak ambil sebab "open market" .. kira ramai orang tolak kos neh sebab ada perkataan english tu la..

tapi bila pikir2 balik..sama ja sebenarnya.. kalau ambil under kementerian pon kalau result tak gempak pon tak bole posting gak kan? bezanya kerja under kementerian iaitu goverment.. kira nnt tua bole dapat pencen..ye tak?..kalau open market ni kena la bersaing sket ngan IPTS lain..

macam kos open market nie kira keluar memang tak boleh posting lagi..sebab kena cari sendiri..tu yang budak2 taknak..
dasar semua nak senang kan?

kalau pikir betul2..kos open market neh lagi bawak beribu keuntungan buat rakan2guru sebenarnya.. tak perlu terikat dengan mana2..bebas untuk membuat pilihan pekerjaan yang anda mahu selepas bergraduat..kira tak terikat untuk menjadi guru..


dan berbalik kepada bidang aku.. tak semestinya anda perlu menjadi seorang guru tadika nanti...
kalau tak minat..

ini pilihan anda..


1. membuka tadika sendiri..

2. bekerja menjadi pegawai kanak-kanak di institusi yang sedia ada sekarang..

3. pensyarah..

4. guru tari..muzik..seni..lakonan..( sebab kemahiran ini korang akan belajar)

5. pakar motivasi kanak-kanak..

6. pembekal barangan kanak-kanak..

dan berbagai lagi sebenarnya..

dan ramai dalam kalangan kawan2 aku keluar nanti mereka taknak jadi guru tadika..ramai yang membuat pilihan unutk menjadi seperti yang diatas...


dan aku?....

dalam perancangan... 
~ kuar bergraduat tanpa hutang ptptn ( kira dekan setiap sem.. dpt 1st class la..)
~ guru tadika sementara..sebab nak cari duit nak smbung master.. 
~ jadi lecturer..dapat income lebih sket..
~ buat pinjaman..bukak tadika sendiri..

n..continue PHd.. dan tidak lupa juga..berkhawin..heheheeh~ maaf gatal sebentar..ngeh2


perancangan kasar...yang ditetapkan tidak tahu lagi..tapi aku tngh berusaha.. untuk capai cita2 aku.. 


dan ada yang tanya..

"best tak course neh??.."


jawab aku.....

"best sangat-sangat.."



dan jika ada yang berkata begini..


"okeyla hang minat..kreatif..sesuai la.."


dan aku akan jawab.....


" kawan aku tak minat dan ada yang masuk sebab terpaksa dan ada yang berguling kat tangga nagis tak suka..tapi sekarang muka happy je siap lompat bintang sepuluh kali"

kreatif??


pernah korang try discover dalam diri korang betul?.. 

kat sini ada yang kata.. aku tak pernah tau pulak aku pandai buat gini2... 

kadang2 kemahiran tu bukan atas dasar bakat..tapi belajar..kalau belajar insyaAllah bole..
kalau memang bakat sendiri.. Alhmdulillah...


jauh aku melencong ye...

bila pikir2 balik..banyak benda aku dah belajar... dan banyak aktiviti yang aku dah buat.. maka kat sini nak list gak la kan...hehehehe


nie sem 2..
baru2 nie kena buat persembahan kanak-kanak
maka kumpulan aku pilih teater
buat kisah tajuk Puteri Burung Merbuk








siap kena blajar tarian zapin.. cikgu zapin yang tengah tu..cik nisa
aku choreography lebihan je.. 














dan jugak persembahan silat pada awal cita..
haaaiiip~






.

aku sultan yang murka menghidap jantung kecut..







dayang kiah yang propa  dan penasihat sultan yang setia..sultan kecewa merbuk kena makan dengan puteri sendiri








sesi penyumpahan puteri








puteri yang bertukar..dan setia yang setia..








nah kau...~



sem 2 nie tak banyak sangat kerja-kerja kreatif begini sebab olahan kepala tertumpu kepada longgokan jurnal dan berbagai ulasan nya..


********

sem 2 gak aku blajar buat puppet..





nak tngok lebih2 pasal puppet
tekan SINI nak tengok..


**********


disebabkan sem 2 nie aku blajar kanak-kanak istimewa..maka buat lawatan gak..







****





tak lupa sesi mengajar kanak-kanak..






*yang ni lebih kepada kerja sambilan yang bakal anda dapat setelah ditawarkan menjadi guru..
balik kampung hari tu..nak interview budak sebenarnya..last2 diberi tanggungjawab handle budak-budak neh..

nak baca lebih2 tekan SINI.

**********



itu sem 2... panjang dah entry aku..mesti bosan panjang2..
aku nak buat kes bersambung plak la..



oke..

bersambung.....




tunggu part 2






















2 comments:

semaian baja-baja pokok2 yang syiok sila tabuq kt sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...